Monday, September 12, 2016

Tiada lagi

Malam ini adalah satu dari malam-malam yang aku lalui dengan penuh rasa rindu pada ayah yang telah tiada.

Tiada lagi jasad yang aku pandang setiap kali lalu di depan bilik itu

Tiada lagi jasad yang aku layankan keinginannya suruh amek ini itu

Tiada lagi jasad yang bersuara dengan tidak jelas meminta ini itu

Tiada lagi jasad yang dapat kusentuh pabila raya menjelang meminta maaf dan ampun darinya

Tiada lagi

Tiada lagi

Tiada lagi

Yang ada kini hanya gambar kenangan dari masa lalu dan ingatan bersamanya yang kuharap takkan hilang dari ingatanku selamanya

Yang kini aku hanya boleh sedekahkan al fatihah tiap kali aku rindu padanya

Al fatihah.

No comments: