Sunday, April 19, 2015

Fatihah 2 tahun sudahhh..

19 april 2015.. fatihah 2 tahun sudah... Alhamdulillah. Semoga anak mama panjang umur dan diberi kesihatan yang baik..

Alhamdulillah juga sebab aku sudah pulih dari operation buang tonsil. Takdelah pulih 100% cuma dah tak rasa sakit bila nak makan kire ok la tu kan? Hehe. InsyaAllah akanku ceritakan pasal operation ini. Pengalaman hidup paling ngeri aku penah rase dalam hidupku. Beranak pon tak sengeri ini. Hew hewww

Kejap jek dah 2 tahun beranakkan si kecik ni. Haha. Sedar tak sedar.. pantas sungguh masa berlalu. Pantas sungguh masa berlalu tinggalkan kita. Kejap jek dah 2015. Tetiba kejap jek dah nak masuk bulan 5. Rase macam baru jek masuk awal tahun aritu. Hew hewww

Fatihah.. Alhamdulillah Allah kurniakan puteri yang cukup bermakna dalam hidup kami. Baru jek 2 tahun tapi pandai macam2 dah. Pandai tukar topik pon yeeee. Haha. Ni kes bile maka tanya sape tumpahkan air dan dan tu tukar topik lain. Pandai betul dia ngelat. Ikot sapaaa la ni. Haha.
Dah boleh bercakap.. banyak juga dia cakap. Dah boleh harap untuk tolong mama buang sampah.. ambilkan barang.. kedek kedek dia lari bila mama mintak tolong. Keke. Banyak lagu dia boleh nyanyi. Lagu negaraku pon dia nyanyi haha. Siap buat konsert sorang2 atas sofa rumah uwan.. nyanyi lagu burung kakak tua sambil badan gerak kiri dan kanan.. hai la fatihah.. sorang sorang pon kecoh rumah di buatnya.

Afterall.. Alhamdulillah sangat di atas perkembangan dia. Takde masalah untuk cakap..faham arahan dan sebagainya. Rasenya taska dia banyak membantu kot? Dan di rumah juga aku seboleh2nya ajar banyak benda.. salu bercakap dengan dia.. melukis same same.. ajak dia solat same same.. siap dia solat mulut pon terkumat kamit tuuu macam yo yo oooo betul jek dia solat.haha.
Syukur Alhamdulillah.

No comments: