Wednesday, November 12, 2014

aduhai lama tak update



kan?? last entry bulan 8. ni masuk bulan 11 dah. huhu. ape nak buat..skang ni sumorang lagi suka bertenggek kat IG kot. termasuklah yours truly~~ hehe. tapi okay gak. sebab aku rasa,, bila dah ramai yang tak update maka yang rajin update tu la nuffnang rajin bertenggek sebab ramai suka bace jek dari tulis haha betul tak?? betul kannnnn. cuba korang rajin update mesti iklan banyak. sebab zaman2 ramai giler blog dulu, susah betul iklan nak melekat lama. heeee

so.. ape nak ceta? aku sehat biasa je.. anak masih sorang. suami pon Alhamdulillah masih yang sama. LOL. badan jek yang makin mengembang. tekanan tengok gambar sendiri terus buat buat taknampak tak nak lagi se te ressssssss huhuhuh

ape ceta fatihah anak dara ku sorang itu?? dia okay jek. dah pandai macam macam. dan tadi buat pertama kali aku dengar dia sebut perkataan "lapar" hohoho. dia panggil aku..

tiha : ibu~~~ (dia ni aku syak sebut cikgu sebenarnya tapi dia confuse kot kadang2 papa dia pon die panggil ibu haha)
mama : yaaaa
tiha : laparrr
mama : aaaaa.. kejap kejap yeee nasi tengah masak

gila kooo tak cuak anak pandai sebut lapar dah. hahaha. tak tau la kebetulan ke apa tapi bunyik macam betul jek. hihi

dah la memang kuat makan. ikot mamanye la kan. ngehehe..kuat merajuk pon ikot mama dia jugak.. kekeke

*******************

cewah tetiba ada ********** konon nak masuk topik lain la kan. hahaha. okay aku masih lagi terasa rase macam awal tahun tetiba dah bulan 11 okay~ cepatnya lahaiiii masa berlalu. masa berkadar langsung dengan kelebaran badan plak tuh. kahkahkah kutuk diri sendiri. haishhhh

jadi apa jek yang berlaku dalam hampir hujung tahun ni?? yang aku ingat.. bulan 1 sibuk dengan tiha asek tak sehat.. sampai bulan 2 hujung bulan tetiba aku pulak yang demam sampai 2 minggu kena tahan wad. in fact 2 kali tahun ni aku masuk hospital. bulan lepas. hohoho. pastu bulan 3 hujung bulan baru aku masuk kerja balik. sebulan cuti MC ko~~ pikir balik memang tak sangkaaaa..

pastu bulan 4 ada ape jek tak ingat. bulan 5, 31 mei adik laki aku nikah.. ke aloq staq la kite.. bulan 5 dgn 6 sebok mula ganti posa.. 24 hari ganti. pengsan tak??? gila tak pengsannnn, haha. bulan 7 posa dan raya.. giliran raya KL tahun ni tapi yang ada aku dengan si intan tu jek cetttt. pastu bulan 8 sebok dengan raya..raya sebulan kannnnn haha.

bulan 9 dengan 10 busy kerja~~ tu yang awal bulan 10 aku demam tu. actually itu la kali pertama lepas demam bulan 2 aku demam balik. tapi kalini demam tak teruk sangat cuma sengal2 tulang segala rupenya sel darah putih aku tinggi.. hmmm. kalini warded dekat gleneagles.. sebab kononnya tak puas ati dengan servis ampang putri aritu.. tapi kat gleneagles plak rasa macam tempat orang kaya2 plak.. macam tak sesuai dengan aku. hahah. tapi okay la..dekat dengan rumah. 5minit sampai kalau tak jem :P

so seterusnya bulan 11.. adik aku intan pulak ehem ehem. dia tak kasi kecoh2 katennya.. tapi ada aku kesah?? dia kate jangan uplod kat FB je. hahahahaha. matiklaaa kalau ada kawan dia yang bace blog aku ni :P sebenarnya aku EL harini si kecik tu demam. ni die tengah tido tu yang ada masa.. bosan asek tengok ceta korea jek hahaha.

so hujung tahun ni ke mane kite?? cuti tinggal 3 hari jek lagi.. sobsobsobbbbb.. nampaknya memang susah nak jimat cuti kalau anak masih kecik ni.. huhu. takpela.. tahun depan berazam nak simpan cuti untuk g jalan jalan.. yosssshhh

k la i belanja uols dengan gambar lama.. hee






rindu pulak tengok tiha time baby baby lagi camni? skang dah anak dara u~~~ ;p

No comments: