Saturday, December 21, 2013

nak masuk 2014 dah


dan dah lama mengabaikan blog ini.. oh noooo

sepanjang sebulan lebih tinggalkan blog ni, macam2 perkara berlaku.. antaranya si kecik tu warded kat HKL.. batuk, cecema ngan demam akhirnya kena tahan ward jua.. sebab nafas die laju... syukur Alhamdulillah takda kuman di paru2 dia.. so just makan antibiotik dan buat nebulizer secare berkala.. tu pon sehari semalam jek buat neb pastu doc suruh stop

lepastu pulak, pakteh aka satu satunya adik laki ku bertunang.. dengan gadis pilihannya.. orang aloq staqqqqq. hehe. itulah pertama kali fatihah berjalan paling jauh.. 7 jam perjalanan kooooo.. jauh sungguh. huhu. insyaAllah bulan 5 nanti pergi lagi.. emm bulan 5 si kecik tu dah setahun .. mesti best :D

lepastu lagi.. mak ayah intan dan atehku pergi menunaikan umrah.. masuk hari ni hari ke 5 dorang di sana.. semoga mereka dapat umrah yang mabrur.. walaupun last adikku contact masa baru sampai pastu sampai skang senyap jek, harap2 okay la mereka kat sane.. dapat fokus beribadah.. aminnnn

so tu je la nak update.. lagi 10 hari nak melangkah ke tahun yang baru. semestinye tahun 2013 ni aku takkan lupakan sebab tahun inilah aku bergelar mama sekaligus dapat tunaikan impian suamiku nak memiliki zuriat sendiri. Alhamdulillah. semua ni rezeki dan amanah dari Allah.. akan kami jaga sebaik2nya.. insyaAllah

si kecik tu tengah tido.. hidung die wheezing pulak :S emmm.. aku cakap kat suami tadi, susahnya nak besarkan anak kan.. huk2. bukan apa, bila anak tak sihatlah time tu waktu yang sukar aku rasa. kalau boleh biarlah sakit die tu pindah ke aku. aku sanggup menghadapinye =(

sekian, insyaAllah, panjang umur, kite jumpa lagi tahun depan..





Assalamualaikum kawan-kawan...

- ustajah zulaikha ;) -

No comments: