Wednesday, September 18, 2013

diari 17 september..


diari 17 september..

pegi kerja, 4.30 balik rumah.. amek si kecik. pkl 5  sampai rumah. balik rumah, si kecik nak melekap dlu.. lepas tu, layan die lagi. tak nak kena letak pulak. amboiii. pandai dah. mama ilang dari pandangan kejap dan nangis. amboiii.

6.45 mandikan si kecik. pas mandi, nenenkan die.. terus die tidur. mama pon terus masuk dapur. perapkan ayam dengan serbuk kunyit. goreng ayam. sambil2 tu kupas bawang putih, bawang merah, potong cili kering.. letak belacan, blend sume. buat sambal ayam. 7.45 selesai masak, mandi2 solat magrib, makan la pe lagi. lapar gilerrrrrrrrrrrr

pas makan, kebabom baring sebelah si kecik. papa plak balik. pesan papa kejutkan ek pas mandi. sekali papa tak kejut ponnn. sedar2 dah 1.45 pagi. omo. bangun laju2. prepare stok susu si kecik. sukat 4oz 5 botol. solat isyak. mengepam. huhu. production susu tengah down ni. kena la stat balik rajin mengepam  tengah malam. tu laaa sape suh ko banyak skip minggu lepas? -.- pastu si kecik bangun pulak. batuk. papa die angkat, pujuk2. tak jalannn.. nak mama jugek. nasib mama dah abes pam. pujuk2.. tidor balik. mama pon ingat nak tido jugak. sekali, basuh sparepart pam, tengok baldi ada baju si kecik siang tadi dengan semalam punye.

takleh jadi ni, tak basuh kang esok banyak pulak nak basuh. basuh laaa tetengah pagi buta pukul 2.15 tu. guna tangan. gocok2 je. haha. 15minit kemudian siap. kebommmm. baring balik sebelah si kecik. papa plak tah bile die baring kat luar. kejut die suh tido dalam sekali die bukak tv pulak. layan bola. hoiiii gigihnye hari keja nak layan bola tetengah malam?? motippppp

lantaklah. mama zzzzz sebelah si kecik. kunci jam 5.30 pagi. dari 2.30 sampai 5.30 tu ada la 3 kali kot si kecik bangun sbb batuk. rengek sikit. pujuk2. sumbat nenen, diam. haha. the power of nenen :P

so hari ni.. skang ni.. mata dah macam garfield. gegege. bertabah lah mama.. mama's job is never ending cycle.. hehe.





PENAT TAPI BERBALOI BALOI.