Saturday, September 28, 2013

anak mama ni dah nak makan sangat sangat ke???


omoooo.. baru jap tadi, aku makan sebelah fatihah. tetiba terpusing pandang kat die, die tengah buat mulut macam kunyah2 sambil air liur meleleh2 tengok aku makan macamkan terliur sangat sangat! haha

anak mama ni dah nak makan ke?? omoooo.. nevesnya mama. memang lah tak sabar nak kasi dia makan tapi tetiba mama neves pulak

jom tengok tanda2 baby dah sedia nak makan..

Tanda2 Bayi Anda Sudah Bersedia utk mkn :

Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak
- yang ni dah okay kepala dia dah tegak xde goyang

Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa
- duduk sendiri belum boleh tapi kalau support boleh je

semalam.. steady je die duduk kat sofa :P

Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya
- Fa lahir 2.7kg, skang 6.7kg

Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali
- Yang ni tak.. die menunjukkan yang die bosan terhadap susu ada lah. skang ni kemain susah nak susukan dia.. berdrama manjang. kalau gune botol pon 2 oz jek die minum padahal b4 ni die minum 4oz one shot.. emm.. tapi mungkin lah die xselera sebab still batuk skang ni

Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa
- Yesssss..seperti diterangkan di atas. haha.

Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan
- Belum.. Fa die belum lagi mencapai tapi kalau disua ada lah die macam nak benda tu. skang kalau bagi mainan ke apa mesti die jilat. aritu time buat neb, die jilat tali yang mask neb tu boley?? huhu

Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya
- Haa..tadi try die x menolak tapi aku xde lah kasi betul2.. acah2 je hee

Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan
- yang ni belum try lagi

Bayi boleh memegang/menggenggam makanan/mainan/botol susu dengan tangannya
- yang ni boleh la sikit2.. benda berat2 belum lagi

So cane?? haishhh.. Fa tunggu je la 6 bulan ek sayang.. tak lama dah.. 3 minggu je lagi.. hihi


No comments: