Tuesday, July 2, 2013

pengalaman melahirkan part 3


sambungan dari entri sebelum ni.. 

acara push mempush pon bermula.. sorang kate push...sorang kate geram geram geram.. riuh rendah dorang bersorak dalam tu. dah macam tengok bola kate kakak aku yang tgu kat luar. hihi. 1st push..baby termasuk balik sebab tersedut time aku curik nafas. huhu. 2nd push x lepas. 3rd push pon tak lepas. doktor panggil husband aku kejap nak tunjuk kat die kepala baby tuk bagi semangat kat aku. doktor kate tengok ni ayah nampak tak rambut baby? husband aku kate.. nampak. sikit lagi syg baby dah nmpk kepala dia tu. huhu. kali keempat..aku teran sepenuh hati..tarik nafas dalam2 bile rasa nak terberak tu..pushhhh kuat2 sampai putus nafas curik balik sikit jek pastu pushhhh lagi tetiba zupppppp. Alhamdulillah laju fatihah nur zulaikha meluncur keluar dari bawah. huhu.

syukur ya Allah.. menggigil aku tatkala nurse letakkan baby di atas perutku :')

hilang segala sakit yang kutanggung..Allahuakbar!!! subhanallah!!!



sesungguhnya aku speechless sangat tatkala baby diletakkan di atas perut ku.. tatkala baby diazankan dan digamatkan oleh papanya.. lega sangat. aku kini sudah bergelar seorang ibu. Alhamdulillah.. aku sangat lemah ketika itu kerana tumpah darah yang banyak sangat. doktor pun mengambil masa 40 minit untuk menjahit bahagian bawahku.. lama kan? doktor jahit 4 lapis sebab bleeding yang banyak. masa tu, aku nak sangat peluk dan cium baby puas puas tapi aku tahan je sebab tahu lepas ni peluang aku bersama baby masih banyak lagi tanpa aku mengetahui sebenarnya baby ku ada masalah.......

selepas aku ditolak masuk semula ke bilik untuk berehat, waktu itu lebih kurang 12 pagi.. tetiba phone di sebelah katilku berdering. husband ku menjawab panggilan tersebut. die diminta untuk ke nursery. maka tinggallah aku sorang sorang di wad.. lebih kurang 15minit kemudian, husbandku balik semula. dia buka je pintu dia cakap..

sayang, baby ada masalah. paru paru dia masuk kuman. skarang doktor tengah kasi die oksigen.

ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.. tatkala aku masih lemah, fikiran ku kosong.. tak mampu fikir apa apa hanya berdoa agar bayi ku selamat.. aku berdoa semahu mahunya.. aku sedih tapi tak mampu nak menangis.. sebab aku ketika itu lemah sangat.. dalam keadaan ku yang lemah, aku sempat google pasal sakit baby sebab aku nak tau adakah ia serius.. adakah ia boleh meragut nyawa bayi ku? ya Allah tolong selamatkan anakku.. aku belum puas mendakap dan mencium dia.. aku belum sempat menjadi ibunya.. aku belum sempat menjaga dan melindungi dia..


:'(


to be continue...


1 comment:

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

hari tu masa ke kelas antenatal pun..nurse ada bgtau ttg ni..sbb saluran keluar kita ada jangkitan kuman apa tah dia sebut..
bila baby lalu untuk lahir..kena infection..kdg2 kita xtau pun ada infection x sebenarnya..haih