Tuesday, March 12, 2013

our 2nd anniversary :)

Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami. rasa macam tak percaya pon ada dah 2 tahun hidup bersama dengan suami yang aaaaamat baik terhadap diriku..

Dia menjaga aku di kala aku sakit. bersengkang mata bersama tatkala aku tak boleh tidur..kadang2 dalam kegelapan malam, aku tersedar dia meraba dahiku nak check aku masih demam ke tidak. dalam gelap jugak die gosok belakangku apabila aku terbatuk-batuk tak henti henti..

dia yang menjaga makan pakaiku dengan baik. die membantu aku buat kerja rumah bila aku tak berdaya. hatta sehelai baju kerja pon dia yang gosokkan. apatah lagi mengurut kaki ku yang selalu sakit tanpa sedikit pon rungutan..betapa mulianya hatimu suamiku..

kalau ditanya apa yang ku mahu dalam hidup ini, sesungguhnya dan sejujurnya aku mahukan dia di sisiku selamanya.. sampai ke tua..sampai ke hujung nyawa..sampai ke syurga..

i'm not perfect for him..but he is so perfect for me..

happy second anniversary daddy to be to our little ones.. pray hard our marriage will last till jannah..

your wife,
x0x0..sayang.

ps: jujurnya..airmataku mengalir tatkala menulis entry ini sebab terlalu sedih mengenangkan kebaikan suami terhadap diriku yang serba serbi kekurangan :( sesungguhnya aku amat bersyukur kerana DIA adalah suamiku..

posted from Bloggeroid

1 comment:

lina said...

happy anniversary muni + rizal