Friday, December 28, 2012

hari yang comel..


.. walaupun kerja banyak berderet-deret. tskkkkkkkkkk.

hari ni husband cuti. semalam dia half day. suka lah husband cuti sebab kain baju sume die basuh lipat. opsss :P padahal sejak aku pregnant ni dan perut makin besar ni.. memang rajin je die tu tolong buat sume.. paling bahagia malam2 tanya, nak pakai baju apa esok letak lah atas iron tu.. hik hik hik.. bahagia nyeee.. ni yang nak mengandung setiap tahun ni. cewah

so apa yang comel nye?

aku macam biasa lah hari jumaat waktu rehat kan panjang, so salunye aku balik rumah je relax2 sambil layan ceta korea yang direkod. hehe. tadi balik, singgah kedai tapau nasi sebab tak masak walaupun ada niat nak masak semalam tapi penatlah *nak jugekk tu mention ade niat nak masak*

pas tapau, on d way balik rumah.. dah bajet dah tak sempat jumpe asben sebab die dah mesej kate nak g solat jumaat dah.. sekaliii kat simpang nak masuk rumah tu terserempak dengan asben atas motor, pakai baju melayu raya, pakai songkok heheeeeee.. comel comel.. comel nya asben gi smayang jumaat pakai baju melayu dengan songkok ^______^

tambah comel bila aku nak turun rumah nak balik ke ofis balik, terserempak dengan asben lagi yang baru balik dari solat jumaat. salam2 muah2 sume, die hulur seplastik kuih suh bawak gi ofis. plastik isi kuih keria 2 bijik ngan karipap 3bijik

comelnyaaaaaaaaaa. suami sapaaaaaaa la yang comel sangat ni.

hik2




tak comel ke? memang laaaaa sebab asben aku, bukan asben kamu.. hahahahha

*maafkan sayaaaa --> nada conan*


2 comments:

dd dudu said...

Rr mesti jd ayah yg baik hehe

mun-e said...

hehe aminnn
skang pon dah berangan nak buat pancake tuk anak die nanti.. haha. comel :P