Thursday, March 15, 2012

kena kacau..

malam tadi sampai rumah pkl 1.40..bangun tidur kepala weng wengggg sebab masuk angin tak makan..tapi ni baru lepas makan nasi lemak makcik tepi simpang rumah.. dap dap

harini adik ku intan jaga ayah.. tapi petang ni plak ade deployment..teamlead lak cuti. so aku kena handle. hukhuk.. tak tau la sempat pergi ke tak..

anyway.. malam tadi lepas hantar ayah masuk wad,ktorang nak turun lah bawah nak balik..masa tu pkl 12 lebih..eh ni kesah seram sikit tau. dalam lift tu adalah ktorg berempat dengan sorang pegawai perubatan ni. lift tu, asek la terbukak bukak. sekali 2 ok lagi.. masuk kali ketiga dia terbuka, brother pegawai tu sound "masuk masuk" masa ni aku sorang je perasan dia cakap camtu cos brother tu depan aku.

then pintu tu tutup pastu terbukak lagi. kali ni brother tu cakap "eeee ramai pulak nak masuk ni" wattaaaaaa.. dah la cakap camtu sambil sengih2 pandang muka aku... terus aku gi sebelah husband. tekan no 0 kat lift tu lama2... barulahhhhh lift tu bergerak turun.

scary ehhhhh. siot je brother tu. dah la dia memang keja situ. tah tah??????

posted from Bloggeroid

No comments: