Saturday, February 25, 2012

sabtu..


peaceful saturday~

walaupun pagi tadi bangun dengan sakitnyaaaaaaaa gigi uhuk uhuk. entah la aku tak tahu gigi yang sakit ke gusi ke rahang ke.. tak tau. tapi skang ni dah kurang sikit. Alhamdulillah. eh lupa nak makan ubat.

okay dah makan dah. hehe.

emmm.. setakat pukul 1 50 ni apa jer aku dah buat? pagi tadi makan nasi lemak husband beli kat simpang depan tu, sedappp nasi dia. hari tu beli tak sedap. tadi dah sedap dah. berlemak la. sambal pon tak nenekut. *oh plesss la bajet comel la tu eja camtu? haha*

lepas tu, angkat baju. ingat dah kering rupanya belum daaaa. so letak balik. capai seluar slack yang beli hari tu, terus alter sendiri seluar tu. kagum dengan sendiri sebab ada jugak benda berfaedah yang dibuat. hahahahaha.

so dah tengah hari ni. nak masak ke ea... tak lapar la.. tapi satgi husband balik.. tapi apa je nak masak.. huhu.

beehon goreng kot.

sekian, laporan tak berfaedah =P


No comments: