Thursday, February 16, 2012

....


baru tadi aku call emakku, adikku.. tah kenapa rasa rindu sangat dekat family..

imbas balik waktu aku habis belajar dulu.. setahun aku duduk menyewa sebab bekerja kat cyber. lepas tu, aku tekad cari kerja kat KL supaya aku boleh duduk rumah. duduk dengan mak ayah. nak jaga mak ayah. tapi hakikatnya.. ayah yang basuhkan baju aku hari2.. mak yang masakkan lauk hari2..

aku tak berdikari langsung

sampailah saat aku mula kenal dengan husband. awal2 perkenalan, mula mula keluar sebulan sekali.. lama2 keluar 2 minggu sekali.. lama2 setiap minggu pon berjumpa.. lama2 kadang2 waktu kerja pun berjumpa.. either lunch skali atau minum petang sekali..

kalau hujung minggu nak jumpa je mulalah beri alasan tuk keluar.. ya, waktu tu aku umor 25 dah tapi kalau aku nak keluar ke mane2 mesti nak mintak kebenaran dulu. macam2 lah alasan aku bagi.. alasan feveret "nak jumpa kawan" huhu.. tapi aku tau mak ayah dah tau dah aku dah mula nak bercinta.. haruslah kakak2 adik aku gosip2 kat belakang2 kan.. huuu

permulaan husband kenal mak ayah ialah open house raya tak silap.. ke kenduri apetah tah. ada tulis dalam blog ni.. tapi malas nak letak link. tu la pertama kali dia datang rumah kenal2 dengan mak ayah. oh bukan mak ayah je. dengan sedare mare suma sekali jugak... ~

emmm.. apa motif sebenarnya aku nak sampaikan ni ea.. sebenarnya tetiba aku rasa rinduuuu sangat dengan kehidupan zaman bujang dekat rumah.. balik kerja jek.. mesti mula2 sekali lepas aku bukak tudung mesti aku bukak tudung saji kat atas meja tu. huhuhu. tengok apa yang mak masak. otomatik rasa lapar. tak pk 2 kali terus2 jek makan. lepas tu borak2 dengan mak dulu ke apa baru la naik atas mandi sume2..

selalu malam2 mak mintak urut belakang badan dia la.. tengkuk la.. sambil2 tu same2 tgk tv.. kalao weekend.. kadang2 pagi breakfast dekat kedai mamak.. kat taqwa .. tak pon kat bistro.. gi joging.. dengan ayah.. ayah walaupun sakit mesti dia yang abes dulu.. intan no 2.. aku no 3.. mak plak harus lah yang terakhir. hikhik. eh tergelak plak :P

masa ni along bz.. ngan master dia.. so jarang la die ada setiap minggu.. angah plak sibuk dengan aqil..

lain dah kehidupan aku skang ni.. bukan nak kata skang tak bahagia.. skang bahagia sangattt.. cuma kadang2 aku rindu gilerrrrr dengan mak ayah suma.. rindu pada benda2 yang aku buat salu kat rumah tu.. lepak2 baca paper kat ruang tamu.. bau cempedak goreng gerai belakang rumah tu masak, terus2 gi beli.. huhu..

rasa macam nak jek ajak husband pindah duduk rumah mak.. sian mak ayah tinggal bertiga je kat rumah tu.. tapi mestilah tak bole kan.. tak berdikari la nanti nya.. dan takde privacy la.. tak bole la nak berseksi2 kat rumah segala.. kadang2 kalau aku lepak rumah mak hari sabtu time husband pergi ofis pon.. ayah jugak yang ajar aku supaya balik cepat before husband balik.. ayah tak kasi kalau husband yang tunggu aku balik..

ape2pun ni la namenya realiti kehidupan.. ape2pun aku syukur sangat dah berkahwin.. sekurang2nya mak ayah tak payah nak risaukan aku lagi dah.. dah ada orang lain yang jaga anak dorang yang sorang ni dah.. tapi skang, aku pula yang risaukan mak ayah kat rumah tu..

mak aku nampak sangat dah tak larat.. ayah lagi la..

:(

emosi lak malam ni kan? wuuuu




my familia.. i mish all of u.. *cam berada di perantauan lak ;p*

2 comments:

dd dudu said...

masa bujang dulu :

waktu hujung minggu, dd dtg umah pastu paksa2 berlakon untuk amik gamba letak dlm blog ;p

mun-e said...

hahaha kannnnnn. pastu aku pon ikut je :p kelakar la time awal2 blogging dlu. asal update je gigih bitau sume org sbb nak org bace. kuikui.