Thursday, December 15, 2011

tetiba lama tak update


lama betul tak update blog kan? 8 hari , lama la tu ;P

sebenarnya aku nak meluahkan kebengangan aku terhadap budak2 ofis aku. p lantaklah kalau dorang bace

camni, aku disuruh tuk kutip duit ngan beli hadiah ade ofismate nak kawen next week . ofismate kawen dengan ofismate. okay la fine, masa aku kawen dlu pon dorang ade share2 nak beli sofa tuk aku as wedding present kan. so why not aku plak tolong jadi kepala kali ni

yang aku bengang tu.. masa aku cakap nak beli microwave, sorang pon tak bantah. aku dah kate, tak bantah means aku kire setuju jek. so petang smalam aku dah pon usha kat kedai. dah confirm nak amek microwave tu. tup tup ari ni dorang tetiba ade gatal mulut cakap napa tak beli washing machine

baiklah. washing machine adalah mahal okay. for me, benda2 mahal dan nak pakai lama ni biar la orang tu pi beli sendiri. sebab pengalaman aku, bila aku ngan asben nak beli washing machine, ktorang pk benda tu adalah nak pakai lama. jadi mesti nak beli yang besar, yang tahan lama, yang cucian dia bagus --- ada diamond drum (betulke ni?) segala la.. tak lekat serbuk sabun kat baju etc2. so, better la dorang yang pilih sendiri. kang kalau semata2 nak belikan dorang washing machine dengan bajet setakat 600 hengget, tak bebaloi bukan? 600 hengget tu kalau auto mesti kapasiti kecik. lain la kalao semi auto bole la dapat besar sikit dengan harga tu. tapi dorang nak ke semi auto??

dah tu, washing machine lebih bajet. fine, ade kate why not kutip lagi sorang sekian2 ringgit. bukan nak kate apa, yang bajet ktorang tetapkan sebanyak 15 hengget je ponnnnnn ade yang berat hati nak bayar. ade tu tak bayar2 lagi. banyak sangat ke 15 hengget tu kan??? lagi nak tambah. koser aku nak kutip2 duit lagi

yang buat aku geram bila ade yang saje cari kesalahan aku. pertikai itu ini. bising lebihhhhhhh. padahal yang bising lebih ni la yang tak bayar2 lagi. yang bising lebih ni jgk laaaaa bertolak2 bila nak bayar. tak faham aku. dorang bawak duit gi kerja duit cukup2 makan je ke?? bahaya weiii. kot ade emergency tengah jalan. ahh lantak dorang la kan

tu laaaaaa. bising lebih tapi apaaaaaa pon tak boleyyyy. apa pon tarakkkkkkkk

lenkali la kan, jangan harap aku nak ajak orang2 camni tuk diskas benda2 camni. nak lagi kejam, jangan harap ko kawen nanti aku nak beli hadiah

hahahakkkkk haktuih!





perghhh lama tak update tetiba kuar entry sentap plak kan? haha.

3 comments:

veesakura said...

banyak songeh plak. suh orang yang bising tu jer jadi kepala

ja_on_seven said...

em mcm aku kawen aritu pun..opismet shah kasi washing machine..

mcm ko ckp la, kalo washing machine mesti la nk yg besar(bole cuci toto bagai + lain2 spec yg gempak..) tp dah orang kasi terime je la..

tp mujurla bile pergi kedai tu nk claim barang..tokey kedai tu kasi upgrade..kasi tambah duit lagi laa.. so dapatla washing machine yg gempak dengan menambah lagi separuh hargenyeeeee..

mun-e said...

ina: itu la pasallll banyak songeh. lempang kangggggg hahahaha

ja: exactly! sbb benda tu nak pakai lama. dah kawen kan, mesti nak basuh cadar toto segala so mesti nak yg gempakssss. tambah2 baru2 kawen harus basuh selalu. EH??? hahaha.

fuhh nasib korg punye leh upgrade kan? ehhehe.