Tuesday, December 6, 2011

dariNya kita datang kepadaNya kita kembali..


Assalamualaikum..

=)







jap, nak kire, dah 1 2 3 4 hari tinggalkan blog ni rupenya hehehe. kalau hari ni pon tinggal jadi lah 5 hari hoho

sebenarnya hari khamis malam jumaat tu, kakakku call bagitau mak dengan angah on da way balik kampung sebab pakteh (suami ateh adik emak ku) dah semakin tenat. jadinya, ktorang ingat jumaat pas kerja nak balik la kampung tapi tak jadi. so sabtu tu, baru ktorang balik kampung. tu pon dah lewat. terjaga lepas tidur balik lepas subuh pukul 9. pastu gi breakfast , amek spek segala pukul 12 baru gerak ke hosp kuala pilah

jalan adalah jam.. baik kat highway dengan jalan kampung sepanjang ulu bendul sampai la tanjung ipoh nun huuuuu

syukur sangat sebab dapat jugak akhirnya ziarah pakteh.. masa tu, dia ok. masih boleh bercakap walaupun nampak lemah sebab dia kena puasa. tapi masa tu aku dah terdetik yang dia macam tak lama je lagi. dari renungan terakhir die ke arahku sebelum ktorang balik lagi aku dah rasa something. dalammm dan sayuuu sangat renungan dia.. tak tau nak cakap cane

ktorang gerak balik malam tu jugak. balik terus ke rumah mak. sebab hari ahad adalah besday ayah ku. ahad pukul 5 petang kenduri kesyukuran sempena mak ku naik pangkat dan juga besday ayah ku. termasuk jugak doa untuk pakteh.

selesai majlis lebih kurang pukul 10 malam, kami pon balik ke rumah. pagi isnin tu dalam pukul 8 suku, tengah siap siap nak pergi kerja, alongku call.. bagitau yang pakteh dah meninggal dunia pukul 7 lebih.

innalillahiwainnailahirrajiun... dariNya kita datang kepadaNya kita kembali..

terus la kami berangkat semula ke kampung pagi tu jugak..

Alhamdulillah urusan pengkebumian semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Ktorang sampai ke bilik mayat hosp kuala pilah dalam pukul 10.15 camtu. Selepas jenazah dimandi dan dikapankan, jenazah dibawa balik ke kampung. Disembahyangkan di masjid dan terus dikebumikan selepas zuhur...

Sebenarnya panjang sangat kesah kalau nak diceritakan pasal arwah pakteh.. biarlah kesahnya kami sebagai keluarganya sahaja yang tahu..

Cuma nak cerita, arwah dikebumikan tanpa kaki. Masa sampai kat hospital waktu melawat tu, aku rasa nak nangis tengok dia tanpa kaki =( Tambah sedih bila dia masih lagi kekal positif walaupun keadaan dia macam tu.. memang dia tabah sangat orangnya...

Apapun, semoga arwah pakteh ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Ya Allah, Kau ampunilah dosa nya. Rahmatilah dia Ya Allah..




No comments: