Friday, December 30, 2011

2011 tahun yang terindah.


salam.

err entry sebelum ni tu, type gune Muni Note, baru donlod app bloggerdroid tapi tak tau nak guna cane boley?? haha. tu yang upload gambar je tu tanpa ade cerita. hehe. ampon~

hari ni hari terakhir bekerja di tahun 2011 kan? next week masuk ofis dah melangkah ke 2012.. tahun yang lain pula.

fikir fikir semula.. tahun 2011 ni adalah tahun yang amat bermakna bagi ku. yela, paling bermakna mestilah kerana menjadi seorang isteri.. rasanya tahun lepas waktu ni aku masih lagi ber hu ha hu ha dengan kawan2 tapi tahun ni waktu yang sama aku adalah ber hu ha hu ha dengan suami. hehe.

tadi lepas ofis pergi sogo.. ramai orang cuti hari ni. ramai pon balik awal.. jadinya cam sedih plak tetiba. haha. aku memang cetu.. suka feeling sentimental. so pergi sogo, gi dinner dengan suami.

aku salu terfikir camni. even aku pergi mane2 tempat pon, walaupun tempat tu takde orang sekali pon.. tapi cemane cemane pon.. suami pasti berada di sisi aku.. kirenya kalau pergi hujung dunia sekali pon, tapi masih tetap ade suami yang menemani..

takleh bayang kalau dia takde.... :'(

debar2nya nak masuk tahun 2012.. tak tau lagi macamane perjalanan hidup kami suami isteri dan keluargaku.. semoga semuanya baik baik saja.. semoga AYAH EMAK ALONG ANGAH AMRY INTAN FADLI ABG SYAMSYUL AQIL DAN NIYA semua panjang umor, murah rezeki, dijauhi kecelakaan, dilindungi Allah sentiasa..

aku pun doakan yang baik baik untuk korang jugak. insyaAllah..

jom imbas sikit2 perjalanan hidup kami sebagai suami dan juga isteri ;)




saat baru seminggu bergelar isteri.. get ready for majlis bertandang :)

saat saat indah baru 3 minggu bergelar isteri.. masa ni tengah busy kemas rumah :')


hidangan tengah hari rasmi pertama kami sebagai suami isteri di rumah kami sendiri :') suami tapau nasi beriani lepas solat jumaat hehe. mase ni memang rumah berkecah gila ah :P


suami.. yang baru bergelar suami 4 hari waktu ni.. hehe.. mak ajak melawat wan kat rumah makngah kat negeri sembilan.. wan tak datang majlis masa tu sebab wan tak sehat, kaki tak kuat tak boleh berjalan.. hukhuk

cincin nikahku.. masa ni tengah tunggu nak outdoor.. suami dengan fotografer gi solat asar dulu.. i tunggu dalam keta.. hehe


indahnya 2011 ni.. rasa beruntung sangat dapat suami yang sangat sangat mengasihi diriku.. terima dan tolerate segala kekurangan dan kelemahanku dengan apa adanya..

i luv u so much, husband. semoga 2012 adalah tahun yang lebih baik dan bersinar buat kita.

AMIN.