Sunday, September 18, 2011

tak sabar nak cuti panjang lagi mcm minggu ni



cuti 3 hari ni walaupun singkat, tapi aku rasa lamaaaaa sangat. sebab sangat bermakna.. cuti terisi , best!

dimulakan dengan hari jumaat..

mak ayah family sume datang beraya di rumah kami hehe.. so, kami jamu dengan mee goreng, pizza, buah anggur dan kuih raya.. tapi gambar makanan tak sempat snap sebabnyaaaaaa..dorang ni sampai tepat2 waktu.. bukan reti nak datang lambat sikit ;p

aqil jumpa games :D

mak intan angah and er... abaikan rambut husband ku :P

ayah dan abg syamsul..

lepas dorang balik, kami pergi beraya pula di rumah abg ipar.. dekat je, kat wangsa maju.. tak snap gambar pon. hehe. kakak ipar masak mee goreng dengan bihun sup makan dengan cili kicap pedas. sedap!!

sabtu pula, pergi majlis tunang anak buah papa mertua.. kat subang jaya..

cantik kan? suka baju dia ^_^ sapa nama dia? ima kot.. hehe.. simple jek majlis dia. ima ni keja doctor..

malam nya pula, pergi rumah mak busu.. pon tak snap gambar :P

dan hari ni, gi rumah niyaaaaaaaaaaaaaaaa ^_^

eee.. cantiknya bibir anak dara neh :P

the menu.. ayam berempah fewitttttt

niya dah stat makan bubur nasi dah.. hehe. tapi die sembellll pulekkk.. tu uwan bagi die minum air tosong tu hehe

*tengok la doraemon ngan kingkong beratur kat belakang tu hahaha



hikhik.. bergambar dengan bebear ibu niya dapat masa convo master =P

* doraemon ngan king kong dah terbalik muahaha



ternganga niya tengok bebear :D

buli niya suh die duduk di pangkuan bebear.. hahaha

pastu ktorang ramai2 gi tengok showroom rumah.. rumah sapa? biarlah rahsia.. cewah :P

balik dari rumah along, terus gi rumah jiran acik ita open house.. ada satey, nasi ayam, roti jala blablabla burpppppp Alhamdulillahhhh :D

tapi lepas tu, before ktorang sampai rumah, sempat lagi singgah JJ AU pekena old town white coffee secawan and tapau big apple sekotak.. muahahaha

yang ada kacang2 tu, feveret ktorang somi isteri.. sebab tu pilih yang tu 3 ketul. hehe. sure nanti yang seketul daripada 3 ketul tu berebut dua orang. hahaha.


indahnya cuti tiga hari ni.. best sangat sangat sangat!!! hehe


No comments: