Monday, May 30, 2011

. . .

sakit itu pencuci dosa dosa kecil..

semalam sakit perut datang lagi. kalo hari tu kat rahim kali ni kat rusuk kanan. mula rasa sakit pagi semalam masa tengah bersiap nak pergi zoo negara. tapi ingat sikit je sakit nya. masih bole tahan. tapi makin lama makin tak tertahan. rasa macam nak ma** rasanya...

bayar masuk zoo 20hengget. mahal..... tu yang rasa sayang nya kalo dapat round sikit je. tu yang tahan juga sampai lepas makan bekal nasi lemak lepas tu jalan sekejap tengok zirafah and gajah tapi lepas tu memang dah tak tahan dah.

terus suami ajak balik. cakap kat dia. nak terus pergi klinik yang pergi hari tu. dah sampai klinik, lambat la pulak. ade sorang minah ni muka nampak sehat gile babeng tapi tak faham apesal die duduk dalam bilik doktor tu setengah jam. masa ni aku dah istigfar banyak2 dalam hati sebab dah sakit sangat. bila hubby tanya sakit ke buat kali ke berapa tah aku dah tensen sangat sampai cakap 'sakit la.. tak yah la tanya lagi' HUKHUK. im so sorry hubby. memang dah sakit sangat sangat tahap nak ma** rasanya... syukur Alhamdulillah aku masih bernafas ke saat ini..

doctor check air kencing lagi. katenya masih ada nanah. so dia bagi ubat yang kuat sikit. katenya ubat ni jangan risau tak akan jejaskan kandungan. (kalau la ade sesuatu dalam perut aku ni) so far tak ada lagi.. kalau ada rezeki, ada la.. kalau takda.. tunggu je lagi..

balik rumah.. asek nangis je aku. rasa sedih. kenapa asik sakit. kenapa asik sakit. kesian suami. rasa banyak susahkan dia ='(

when i told him why i'm crying.. dia tarik nafas lega sambil tertawa sikit. dia ingat kan doktor ada bagitau something yang buruk sebab tu aku nangis tak henti. rupenya aku sedih sebab ingat aku dah susahkan dia. dia kate 'bie ade cakap syg menyusahkan ke? takde kan? memang tu tanggungjawab bie. bie tak rasa ape pon'

bile suami keluar pergi beli makanan, aku amek kesempatan tu tuk call mak. mak suruh pergi hospital terus. dulu2 aku penah operation. tak tau la kalau itu ada kaitan dengan sakit perut skang. sebab tu mak suruh pergi hospital terus. bila suami balik, aku bagitau mak suruh pergi hospital. suami terus cari alternatif lain.

dia nak bawak aku buat full check up kat specialist kat pusat perubatan naluri pagi ni. dah call dah pusat tu. aku cakap kat dia.. tak mahal ke.. die kate, jangan risau. bie ada duit. bie tak kesah habes duit pon janji syg sihat.

Alhamdulillah pagi ni, aku dah rasa sehat. tak sakit perut lagi dah. Alhamdulillah. lalu aku terus suruh suami pergi je kerja pagi ni. jangan risau. isterimu ni OK. kalau rasa sakit lagi baru kite pergi buat full check up tu. hukhuk.

maka, aku memang MC arini. kejap lagi nak kemas baju, kemas rumah, sapu2. rumah minggu ni memang tunggang langgang since aku sakit.

aku harap aku akan terus sihat dan tak sakit macam semalam lagi dah. Allah je yang tahu betapa sakitnya aku =( dan Allah je yang tahu betapa bersyukurnya aku sebab ada suami di sisi waktu aku sakit..

Allah je dapat balas pengorbanan suami.. hukhuk..

sedih..........

='(




1 comment:

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

muni..get well soon..
apasal tntg nanah nih? macam 1st time dengar..
ko take care ok..