Friday, April 22, 2011

resepi tomyam ayam sedap :P



hehehe. chef muni kembali lagi. kali ini kita bersama untuk resepi TOMYAM AYAM SEDAP KALO TERLUPA BELI SERAI TAPI MASIH SEDAP.

huahua panjang tak tajuk? :P

okay, meh la kite mulakan..

bahan bahan nya (untuk sepasang somi isteri yang agak kuat makan :P) ialah :-

- bahagian ayam yang dah dipotong kecik2 (ikut suka nak banyak mana. hehe)
- bawang putih 3 ulas * tumbuk kasar
- bawang besar 2 biji * potong bulat
- cauliflower , jagung kecik, carrot * potong cantik2 kemas2 kecik kecik , carrot potong bulat2
- 4 helai daun limau purut
- satu kiub tomyam jenama knorr (kantoi guna kiub ahak ahak)
- sebijik tomato , potong 8
- cili padi 15 batang (ni pon dah cukup pedas ni hoho) * tumbuk kasar
- 2 biji limau nipis , perah air nya

okay.. mula mula..


tayang periuk hadiah kawen yang cantik ni dulu.. huahua :P

teammate somi kasi ni.. hehe.. mekasih teammate somi :)


okay, mula2 tumis bawang putih sehingga ke coklat coklatan

kemudian, masukkan ayam kecik kecik tadi.. kacau..

tutup periuk sebentar supaya jus ayamnya keluar (ni resepi yang aku google cakap macam tu hahaha)


okay, bukak balik periuk.. masukkan air.. tadi sukat guna mug, so masuk air sebanyak 3 cawan mug hehe..

kemudian masukkan bawang besar dan daun limau purut tadi. kalau ada serai , masuk sekali masa ni. aku lupa beli serai, bole?? :P

bawang dan daun limau purut di masukkan

kiub tomyam dimasukkan.. kacau.. masukkan cili padi.. kacau.. masukkan juga garam dan rasa.. cukup tak garam tu hehe

masukkan sayur sayur.. sampai empuk..

agak2 nak empuk tu.. masukkan tomato.. last sekali, masukkan perahan limau..




siap!! tadaaaaa~~ sedapnyaaa. kalah tomyam johnyssss~~ :P


cubalah.. pasti somi anda bertambah tambah sayang.. ahak ahak. makan dengan nasi putih dan dadar telur perghhhhh. hahah.


2 comments:

nizatus syahida said...

singgah sini tengok resepi..sedap2..huhu

CikNaa said...

tenkiu bg tutorial ni..