Monday, March 28, 2011

kehidupanku sekarang :)




kehidupan ku sekarang :)

assalamualaikum hehe. hari ni saja saja nak cerita pasal kehidupan ku
sekarang. diam tak diam dah lebih 2 minggu aku menjadi seorang isteri. hee.
dan hari ni adalah hari pertama masuk semula kerja sebagai seorang
isteri :-P

aku belum duduk rumah sendiri lagi tau. heee. masih duduk dengan mak ayah
along baby niya intan dan fadli. haha. masih dok kat bt caves tu. tapi
sampai rabu ni je lah. mula rabu malam, duduk rumah sendiri dah.
kenapa rabu? sebab kames ni baru dapat set bilik tidor and meja makan
heheh. eh washing machine dah sampai dah tadi kate encik suami. yay :P

kronologi nya begini.

selepas hari pernikahan ku, ahad pula hari persandingan. lepas tu, aku dok
lepakkkkkk dari hari isnin sampai hari sabtu. best la masa ni. relax je.
mak pon cuti. cuti sekolah kan.. hari rabu dengan kames minggu tu, suami
tinggalkan aku. sob sob. nak tinjau persiapan kat majlis bertandang belah
dia pulak. and hari kames along ku bersalinkan niya secare c-sect ^^ balik
je suami dari kampungnya, ktorang bz la tengok2 baby. hehehe.

pastu hari sabtu tu, pagi2 lagi pukul 8 kakak andam datang mekapkan aku.
mekap siap2 dari KL, lepas tu terus 2 jam dalam keta menuju ke bidor hehe.
mekap je siap2. sebab tak reti nak cari mak andam kat bidor sana. (tapi
sebenarnya takut kalo mekap tak lawa je :-P)

selesai majlis, rehat sehari hari ahad tu.. time ni dok mengemas pinggan
mangkuk haha. pastu hari isnin, kami terus shoooot ke penang utk honeymoon.
wehoooo. duduk sana sampai hari rabu. kemudian balik ke bidor balik. tidor
satu malam.

maka, hari kames 24hb lah baru kembali ke KL semula. hari jumaat plak kelam
kabut operasi mengemas rumah. haha. letih giler nak termampuih! :-P rumah
tu sebenarnya rumah bujang rizal. so, faham2 la rumah orang bujang kan.
banyak nak dikemas nya. pulak tu hosmet die dlu tinggal tinggal barang
dorang. penuh bilik sebelah ngan barang dorang je. haha.

hari sabtu plak, rumah dah kemas sikit, so ktorang beli perabot plak. beli
set bilik tidor, meja makan, washing machine. hehe. banyaknyaaaaa duit
melayan masa ni kan? T_T

dah tu hari ahad plak, kemas2 lagi sambil tunggu orang datang pasang unifi
kat rumah tu.

saaaaaayang sangat kat encik suami sebab takut isteri die ni boring so die
dah pasang astro siap siap. apply unifi awal2. hehehe. thanx darling :-P

jadi itu lah. rabu ni stat duduk sane dah. sedih sebenarnya nak
meninggalkan rumah mak ayah. semalam dah ternangis sikit masa solat magrib.
hikhik. harap rizal tak perasan lah :-P biase la.. i kan anak manja
hikhikhik

harap kehidupan yang bakal ku lalui nanti ni akan indah sehingga ke hujung
nyawa. ni baru permulaan ni. banyaaaak lagi yang perlu di tempuh. semoga
kami tabah melaluinya ^-^


Sent from my iPod

6 comments:

Ciare Baha said...

comel :)

mun-e said...

tang mana comelnya mama rayyan? haha

circleinspoon said...

wahwah..dunia baru muni.

best tak unifi? adakah laju seperti yg diiklankan?

mun-e said...

aya: unifi ku 5mbps.. mmg laju sangat. bebaloi la. 150 je sebulan. hehe.

ja_on_seven said...

gud luck si muni dan si rizal menguruskan rumah dan tangge tersebut

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

aminn..harap semuanya ok..hehe..
unifi aku bulan depan baru dipasang..waaa..'
beznya diberi astro..huk huk..tp aku pun tgk tv mlm je..rasa rugi nak pasang..adehh