Sunday, February 27, 2011

pegi cuci gigi :-D



hehe baru pas mandi dan kemas2 balik bilik selepas buat hantaran cekelat tadi. :-P amek kesempatan untuk update blog sementara tunggu magrib. heee.

hantaran sume dah setel kot. tinggal 2 dulang lagi. iaitu dulang cupcakes and satu lagi dulang kek kotttt. susah la nak fikir nak letak makanan apa dalam dulang satu lagi tu. haha. so, tempah kek je la kat SR nanti :P

hari ni awal gilak aku bangun. lepas solat subuh terus on laptop. create event kat FB untuk kawan2 yang aku dah tak larat nak pk sapa lum invite lagi.. makanya aku tewas juga untuk mengcreate event kat FB tuk jemput kawan2 datang wedding. hihihi.

awalnya nak pegi sorang2 invite.. cara old skool dan lebih mesra la konon.. tapi tak larat dah la.. kurang dari 2 minggu je lagi wedding kan? kang tak sempat plak jemput suma kalo buat gitu. huhu.

ala... jemput cemane cemane pon tak pe kan sebenarnya. asalkan memang niat kite nak jemput secara bersungguh. lagipun yang penting alamat rumah dan maps sebenarnya. kang orang tak tau plak nak datang kannn. hehe.

so, pas dah create event.. aku pon menggoogle lah pasal klinik gigi yang bukak hari ahad. sebab kebanyakannya memang tutup hari ahad. yela, doktor gigi pon nak cuti kannn :P punya la susah nak google... ade la jumpa satu yang orang kate bukak hari ahad iaitu kat pandah jaya sana. huahua jauh gilak. tapi aku adalah sanggup jugak tu kalo nak gi situ. kuikui. klinik gigi arasu namenya.

tapi.. tetiba aku terfikir nak tanya kat FB. sekali, kak ina iaitu kawan along ku yang memang duduk area dekat dengan rumah aku ni je cakap kat sri gombak ada.. klinik pergigian LOH :-D

kul 11 camtu, aku dengan rizal janji jumpa kat sana terus. kelam kabut pergi sebab klinik tu bukak kalo hari ahad dari pukul 9 sampai pukul 1 tengah hari je. hoho~

anddddd akhirnya berjaya jugak kami pegi scaling. hahaha. rasa suci suci jek gigi pas kuar dari klinik tu. hikhik. tapi rizal muka kelat. sebab dia rasa sakit. hahaha. cian dia. doktor tu agak kasar la sebenarnya sebab aku penah scaling kat klinik sh aminah kat greenwood, doktor situ buat slow2.. tak sakit la. tapi tadi mebi ramai orang, so die nak cepat tu die macam agak kasar sikit la. hehehe.

aku kena 85 hengget, rizal kena 130 hengget =P kenapa rizal punya mahal?? sebab die tengok keadaan gigi kite. hahahaa. kalo degil nak bersihkan tu so charge mahal la sikit kannnn =P and harga cuci adalah dari 60 hengget. (bole claim kat company esok :P)

pas cuci gigi, kite gi makan benda manis2. huahuahua. elok sangat la kannnnnnn :-P

bakal suami saya ^_^


amek gambar sendiri :-P

lepas minum2 kat old town, kami pon berpisah. cecehhh. haha. aku pergi singgah kedai barang2 pengantin.. beli reben bunga dll.

balik rumah, solat cepat2 terus gigih buat hantaran cekelat. haha. pastu, pukul 5 camtu, kakak andam datang nak ukur rumah tuk buat pelamin and bilik pengantin..

japgi nak sambung buat bekas hiasan cincin pulak =)



No comments: