Saturday, February 19, 2011

have to admit this

hati aku sedang meronta ronta nak taip kat sini. tapi satu sudut hati lain masih menahan supaya jangan ikut geram akal.

betullah kate orang. dugaan nak kawen kite akan nampak di saat saat akhir. sekarang aku sedang merasainya. *cry*

aku rasa aku dah redha dah takde kompang time aku kawen nanti. biar la. pakai radio sudah. tak luak pon majlis kalo takde kompang kan? *cry*

malas nak serabut kan kepala pikir hal yang kecik2 macam ni. kena fokus fokus fokus tujuan utama kenapa nak berkahwin dan kehidupan selepas kahwin. tu je yang mampu buat aku kembali tersenyum. huhu.

kadang aku fikir pasal bestnya nak gi honeymoon. tu pon buat aku kembali senyum. huhuh. gatal.

tadi, sempat join bowling tournament office kat OU. sebenanrnya, aku memang taknak join dari awal pon. tau, dah dekat2 majlis ni tak elok la balik lambat. tapi tadi, tetiba ade orang yang tak dapat join sebab ade hal.. so dorang cari la replacement. di saat akhir, aku pon orang dah mintak tolong.. aku setuju kan je la.

tu pon. aku lupa patutnya hari ni janji nak jumpa dengan rizal T_T sori bie. syg terlupa sangat2 =(

and aku dapat tau, mak bising2 aku balik lambat. =(

sumhow.. ada sudut di hati aku yang masih lagi nak gembira dengan kawan2. ade sudut lagi yang macam tak nak lepas kan kehidupan sekarang. tapi aku sedar sebab apa aku nak kawen. aku masih sedar diri. cuma aku nak enjoy sedikit kehidupan bujang aku ni di saat saat akhir.

skang ni terus terang, aku dtg ofis aku takleh nak focus. serius. sampai keja senang pon, aku amek masa lama nak buat. sbb aku takleh nak focus. pastu , aku cepat rasa marah. macam tadi aku bengang gile dengan teammate aku yang asek tanya tanya pasal keja banyak banyak kali. dia dah datang tempat aku tanya progress tapi nanti satgi die tanya lagi progress kat chat.

mana aku tak angin. festime tadi aku bersikap agak kurang hajar dengan dia.

lantak lah.

banyak benda aku fikir dalam kepala ni. fikir pasal urusan majlis. fikir pasal ayah aku. rasa macam never ending looping benda2 ni berlegar dalam kepala. i cant find the way out. that is why i feel that some part of me masih tak sedia nak melangkah ke alam yang lain.

i dont know. seriously.. rasa macam berada dalam infinite loop..

=(

2 comments:

dd dudu said...

xpe mony, nanti da kawen sume perasaan tu akan hilang. trust me k


xtau membantu x comment ni

lg berapa hari je ni, saba eyyy

mun-e said...

huhu..

aku plg risau pasal mak ayah.. hrp adik aku intan dapat jaga dorang baik2 =(

apa yang dia buat skang, Allah saja dapat balas.

pasni, gi keja tak dapat dah tengok benda yang sama setiap hari. aku bukan lah anak yang baik sangat pon.. aku tak jaga mak ayah dengan baik pon.. tp aku harap dorang tau yang aku syg dorang sangat2 cume aku tak terdaya nak tunjuk sume tu..

syg family ku sgt sgt..

p/s: cakap mcm pindah dok jauh dari KL mcm nak gi pedalaman sabah je kan. padahal pasni dok jauh 15km dari rumah jek. haha. biase la.. aku, anak yg plg tak berdikari dalam family =(