Tuesday, December 7, 2010

dah tempah kad kawen dah :P


hehe. bertemu kembali. =P

sebenarnya, lepas dari buat HIV test kat HKL, kitorang singgah maju junction kejap. amik myKad baru encik RR yang dah siap. myKad lama dia dah terpatah. hoho ganas :P
aku tunggu dalam keta jek. sebab park kat depan maju junction tu jek. tak masuk parking pon. jimat cost :P

nasib baik ade wirelessKL. agaknya wireless tu cover 1 KL kot? so sementara tunggu die yang ada la dalam 40 minit kot g amek myKad, aku dok browse2 blog2 korang. hehe.
lepas tu, straight terus ke jalan pudu. mencari jalan brunei selatan sebenarnya. main belasah jekkk. 2-2 main agak2. hahah. pergi ke sana sebab nak buat kad kawennnnnnn =)

lagi 3 bulan nak kawen, bole dah la tempah kan? nanti2 kalo mak ayah balik kampung bulan 1 ke nanti dah bole hantar2 dah.
better buat awal2. takut nak tunggu last minit. masa tunggu RR amek myKad, kan aku sempat bace blog korang. so, aku sempat la bace blog lina yang die bengang dengan kad kawen die yang tempah kat LH. hehe. ktorang memang nak tuju ke LH pon tauuu. tapi tak tau exact locationnya. ktorang pakai redah jeeee so, belasah je la. ahhahaha.

hujan dan jam. akhirnya, sampai jugak ke jalan brunei selatan tu. rupenyaaaaaaaaa, banyak kottttt kedai kad kawen kat situ. sumpah banyak. tapi, ktorang just masuk satu kedai jek iaitu kedai pertama yang ktorang tuju. nak tau kedai apa??? kedai kanda dinda. hehe.


yang ni yang 1st nampak and aku memang familiar dengan nama kandadinda neh. so, masuk2 belek2 sikit. terrrrrrrrberkenan dengan satu design yang cun memang taste aku heheh. dan harga murah. dan dah la murah. ade lagi diskaun 10% ko. hahah. sukaaaaaaaa ^^


jadi kami terus isi form :P RR saya pon suka jugak dengan kad ituuuu. taste kami sama :P. so sap sap soiiiiiiii~ laju2 isi form semua. bayar deposit 50 hengget jek. hee. mase tengah berurusan kat sini, hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya.

maka, time balik... kami sesat kat cheras. hahah. dah 3.30 tak solat zuhur lagi, tetiba nampak papan tanda JUSCO sebesar besar alam. terus masuk. hahah. tak pasti jusco apa ktorang masuk tu. rupe2nyaaaaaaaaa jusco taman maluri. kuikuikui.
dah solat, makan semua.. orang tu sempat rembat tshirt 2 helai kat PDI =P soo, nak balik. sesat lagi. hahah.

lalu jusco buat kali ke dua. motif??? :P dengan jam orang balik kerja nya.. dengan hujannyaaaaaa.. aku gelak gelak bole?? sebbaik bukan aku yang drive. hikhik. gelak sebab suka bukan aku yang drive. hahaha.

eh sempat jugak tanya kat abg kedai tu. kandadinda ni bukan kat puchong ke ? sebab alamatnya pon kat puchong. pastu abg tu kate, puchong tu HQ dia. yang kat pudu ni die just buat printing semua. tapi nanti kalo nak amek kad, nak amek kat situ pon bole. gitu~

yeahhh.. setel urusan kad kawen yang menepati taste dan murah. harap2 seminggu lagi dapat draft design kad kawen tu. and by end of this month, harapnya dah dapat la kad nya ^^

p/s: tercari2 jugak kat mana LH tu, tapi bila on da way balik baru nampak kedai die kat mana. hehe.

No comments: