Friday, October 29, 2010

first day @ FF. heheh.


hari ni festime masuk FF secare official as member. cewah.

hari ni training dengan trainer. member ofis dah pesan dah.. better pilih trainer perempuan. sebab ade adegan adegan yang menyegankan seperti kena baring2 angkat kaki suma hahah.

sekaliiiiiii. sorang trainer je yang available tadi. tsk. trainer pompuan tengah train orang lain. uhuuuu.

segan siottttt memula tu. memula kena isi form. apa goal kite. apa yang kite nak achieve semua tu. malu gile siotttttt tepakse ngaku nak kecik kan montot. buwahahaha. dan terpakse jujur cakap nak kurus sebab nak kawen. hahahaha. tapi better berterus terang je. takde la die nak ngorat aku kan.

cehhh sempat lagi pk orang nak ngorat die tu. pigidah muni! :P

lepas dah isi form tu. die terangkan la kena buat aktiviti2 nak tau level aku ni berada tahap mana. memula, naik treadmill. warm up dulu. jalan selaju 5km/j selama 5 minit. okay.. pastu.. lari selama 10 minit dengan had laju 7.5km/j

hakhakhak

aku berjaya lari sejauh 1.3km je kot ;p dah la sepanjang lari tu, trainer tu ade je kat sebelah. iskkk. nak je aku suruh die p minum dulu pastu 10 minit kemudian baru datang balik hahah

pastuuuu. pasal body balancing la ape benda tah lagi. kena push up. kena tahan badan dengan guna tangan. hoho. memang fail di situ =P

pastu jeng jeng jengggg tiba lah part yang agak memalukan. adesssss. kena baring2. pastu trainer tu pegang kaki. angkat kaki. suh pusing kanan pusing kiri. sambil die tekan kaki ku. kire macam nak tau kelenturan badan la gitu.

kena meniarap la. malu nyaaaa. laki kot T_T tapi aku tebalkan je la muka walaupun malu. uhuuuu. sebbaik tempat tu terbuka.

lepas dah setel tu.. so diskas2. maka point yang aku dapat adalah 9 out of 24. muahahaha. dalam level kena baaaanyak lagi improve. hikhik. ala kalo aku dapat 20/24 baik aku tak yah join kan =P

lepas dah abes tu, gi minum kat atas. terus mesej RR bagitau dapat trainer laki. hikhik. jeles RR ;p takpe takpe. orang tu tak pegang pon. pegang kaki je. heee.

so, esok adalah sesi ke2 :) pukul 10 pagi :)

anyway, 32% / 19.2kg dari berat badan ku adalah lemak okay! korang pecaya tak?? aku macam tak caya. sebab aku rase aku tak nampak macam gemuk sangat. cume chubby sikit je. hahaha. perasan ;p


No comments: