Wednesday, September 1, 2010

pujian atau kejian?


situasi di fitting room sebuah butik di ampang park.

mula mula, aku test sebuah kurung modern saiz 32. promoter tu suruh test saiz tu dulu. muat, tapi macam balut nangka ;p panggil promoter itu, suruh ambil saiz lagi besar.

dia hulur saiz 38 pulak. pakai. muat, tapi ketat kat bawah pulak. (kes drumstik besar ;p) panggil lagi promoter itu, suruh ambil saiz lagi besar.

promoter tu buat muka tak percaya sambil bercakap

promoter: "ehh akak ni nampak kurus jeeeee tapi tak muat??"
aku: "kain ni kottt die macam ni kannn" (ayat cover)

pastu dia pergi keluar, ambil baju saiz lagi besar sambil cakap lagi kat RR ayat yang sama "akak tu die nampak kurus jeee tapi tak tau kenapa tak muat"

aku dalam fitting room : T__T

nampak kurus tapi tak tau kenapa tak muat
nampak kurus tapi tak tau kenapa tak muat
nampak kurus tapi tak tau kenapa tak muat

ini pujian ke kejian?? apesal rasa macam nak nangis jeeeee. kuh kuh kuh.

last skali saiz 40 baru muat. 40 = saiz L. 32 = saiz SS. motif dari awal suruh aku test baju kurung modern kain chiffon bercutting saiz SS???


2 comments:

Mia-Ina said...

biasalah mun..mcm mia gak atas size S/M bawah pd punggung jd L..tu yg terpaksa amik L..

mun-e said...

a'a la.. mungkin sbb besar tang situ kot.. heheh..