Thursday, September 2, 2010

fakta tentang diriku..


fakta sejak akhir akhir ni ;p

- bulan puasa ni adalah bulan yang sangat heaven pergi ofis sebab tak buat satu hapah coding pon, sebab takde projek coming in (orang filipina pon posa gak ke? ;p). tapi yang hazabnya, bos kasi tajuk kena buat research. ade 3 benda kena discover tapi hanya setel 1 je setelah hampir 2 minggu buat research ;p nak salahkan firewall ofis yang blok sane sini sampaikan aku susah nak dapat info yang di cari, bole?? ;p sebab ade sesetengah notes dalam blogspot, tapi blogspot pulak tak bole bukak... ngeee~ pandainyaaa cari alasan, 10 markah plessssss ;p

- tadi baru teman adikku intan jemput kawan die dekat hentian jalan duta. clap clap diri sendiri kerana 1st time drive pergi hentian duta pastu main agak agak je. hasil lalu sipi sipi jalan duta setiap kali balik ofis ;p ohhh adikku hebattttttt. bole tukar dialog bila bersama dengan kawan kawan yang berlainannnnnn. aritu, geng surau die datang rumah, die bahasakan diri die as "ana" atau saya dalam bahasa melayu nya.. pastu tadi kawannya orang penang, tetiba die cakap "aku-hang" pulak dahhh. hebat ohhhhh ;p aku dengan sape sape pon, cakap KL jek ;p

- semalam bukak posa dengan nasi lemak berrrrrrlaukkan ayam KFC. hohoho. sedap seyhhh. macam makan breakfast KFC - nasi lemak ayam KFC ;p KFC tu beli kat carrefour, lepas asar semalam drive laju laju ke carrefour dengan adikku intan sebab nak tengok tengok baju raya kat situ... tapi hnss hnss semua baju pon pattern lebih kurang same je.

sedap gile, pukul 10.30 malam, aku ulang makan nasi lemak lagi. muahaha.

- isnin lepas, tetido bak ular sawa kekenyangan sampai terlepas cerita feveret kegemaranku iaitu Dottie ;p jadi tadi gigih tahan mata mengantuk sebab nak tengok ulangan dottie 12.30 - 1.30 hohoooo. yes! en amir peluk dottie.. auwwww~ hahah suwittt je kui kui

- hari tu jalan jalan kat JJ, sempat mintak RR belanja gelang ni.. heheheeeee

sepuloh hengget jeeeee ;p lawa kan kan ;p

- tetap sayang kat RR walaupun die lupa tarikh anniversary ke2 kami. apaaaaaaa?? baru 2 nd year sudah lupaaaaaaa??? pukkkkk. esok esok jumpa die, nak pijak kaki die sebagai balasan ;p

- aku bakal balik kampung untuk raya hari kamis pagi atau rabu malam malam lepas bukak posa. aku sukaaa kalo balik malam, sebab sepanjang jalan kat ulu bendul lalu kawasan kampung kat situ, mesti meriah dengan orang pasang pelita di kiri kanan jalan. ahhh indahnya beraya di desa!

- sampai ke hari ni aku tak jejak-jejak kaki lagi ke PARAM. ;p memang tahun ni bukak posa secare sederhana jeeee. ofis ajak bukak posa kat restoren rebung chef ismail sorang 50++ pon aku tak join. mahalnyaaaaa 50++ just untuk makan pastu nak kejar kejar solat lagi semua. haihh bazir betul. dah la perut ku kecik. tapi sebenarnya kalo ada orang belanja, okay je. hak hak.

- dah tinggal 8 hari puasa, tapi aku masih tak dapat dapat lagi jadi orang kesatu bangun sahur. huhuuuu.

- okay dah 1.51 pagi, esok nak bangun sahur. lauk ikan senangin masak asam pedas. nyum nyummmm ;p


2 comments:

Nur Amlya @ Amie Fadli said...

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak nasik lemak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mun-e said...

hew hew hew