Tuesday, August 31, 2010

salam kemerdekaan ke 53.


kadang-kadang, kita lupa apa yang kita ada. kita selalu mencari apa yang tidak ada. sampai adakalanya, keinginan untuk memiliki sesuatu itu membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa yang ada.

tidakkah kita ingat bahawa apa yang sudah kita capai hari ini, adalah hasil perjuangan tokoh tokoh perjuangan masa dahulu? kesusahan nenek moyang kita mengharungi kehidupan di zaman penjajah dahulu.. adakah masih kita hargai?

mungkin sebab bukan kita yang mengalaminya. sebab itu lah kita dengan mudah melupakan lelah penat mereka di masa dahulu.

akan tetapi, masih belum terlambat jika kita mahu berubah. sedarlah wahai anak bangsaku. berubahlah! hargailah erti kemerdekaan. hayatilah ia. sayangilah ia. kerana kita tidak tahu di masa hadapan, adakah kemerdekaan itu masih lagi menjadi milik kita atau tidak.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

SELAMAT ULANGTAHUN KE 53 KEMERDEKAAN BUAT MALAYSIA, NEGARA TANAH AIRKU TERCINTA


p/s: okay tak karangan saya? ;p okay, petang ni boleh berbuka dengan KFC. hihihi.
p/s: azam merdeka saya, tak nak lagi tulis shortform shortform. okay tak? :P


No comments: