Friday, August 20, 2010

ape yang dia buat tu? =)


status kat fesbuk tadi :
semalam cuti. hari ni cuti. esok cuti. lusa pon cuti. :)

cuti bukan sebarang cuti. cuti kerana menjaga ayah. hehe pantun 2 kerat. hari ni ok sikit la berbanding semalam. semalam sangat penat. huhu.

memang penat menjaga orang sakit ni.. tingat dulu mase arwah atuk ku belah mak ada.. emm. rasenya 12 tahun ke 14 tahun kot arwah sakit tak bole berjalan. mula2 tu hanya mampu mengengsot. lama lama, engsot pon tak bole dah. daripada tido dalam bilik atas katil, kaki katil di potong untuk memudahkan dia panjat katil.

pastu lama lama dari tido dalam bilik akhirnya tilam di bentang betul2 di depan pintu rumah je. hmmm. berak kencing makan minum semua kena dijaga. sape yang jaga? uwan ku lah pastinya. kadang2 uwan ade jugak terlepas geram. biase lah.. susah tau jaga orang sakit. kite tak bole buat benda lain sangat. kena tumpu kat die. tak bole jauh jauh dari dia.

memang bahagian orang lain lain kan. hari ni kite jaga die. esok lusa, tah tah nasib kite pon macam tu jugak. mane kite nak tau. hmmm.

aku standby je ni kat sofa luar bilik ayah ku. bila die panggil je, aku pegi la. =) mandi pon tak dan lagi ni. hahaha.

sambil sambil tu stand by tu..aku main benda alah ni.


ohh dulu aku sangat terer main ni. siap amek advanced lagi. salu je menang. tapi dah lama tak main.. tsk tsk. skill dah tumpul. heheh.

korang kat ofis tu.. buat ape jerrr? best lah hari ni hari jumaat kan. suma mesti nak balik awal. hehehe.

slamat berwee wee wee wee kend!! hihi. emmm tak tau la sabtu ahad ni dapat g shopping raya ke tak. hee. =)

3 comments:

Nora a.k.a Aira said...

blogwalking..hehe nora pun xreti main game tu :)

ciare (^_^)v said...

aku keje sehari je mggu ni. huhu

mun-e said...

nora:
thanks nora jalan sini.. hehe.

ciare: oh yekeeee. takpela, bos faham kot. hee