Thursday, June 3, 2010

she is my sister.

and i love her very much =)

kecik kecik dulu. aku 1 sekolah dengan along dan angah ku. mase aku darjah 1, along darjah 6 dan angah darjah 4.

along dan angah la yang jaga ku. kami satu sekolah, SRK convent sentul 1. cume bila waktu balik, aku keluar awal sikit dari dorang. mase tu darjah 1-3 kuar awal 20 minit kot dari darjah 5-6. ade satu hari tu kan.. aku dah kuar awal. aku tunggu la along dengan angah macam biase kat hall tu.

hall itu..

aku pon tak ingat sangat. uncle bas sekolah, uncle ah chai name die suruh ktorg yang dah keluar awal ni naik bas lain. mase tu darjah 1 kot.. aku tengok kawan2 yang lain naik aku pon naik je la bas tu. huhu. tapi last2 sampai rumah aku nanges nanges sebab tak jumpa along dengan angah ku. hikhik. abes mak aku pujuk aku makan ayam goreng. hahaha.

along dengan angah aku punye la tak puas hati. sampai sekarang salu ungkit pasal tu =P. yang along cerita, abes je sekolah hari tu. time loceng bunyi je macam biase, dorang pergi la cari aku kat hall tempat aku salu tunggu tu. hari tu along aku baik sangat, siap beli kan aku ais krim kon tu. jadi dengan tangan die dok pegang ais krim kon tu dia cari cari aku.

cari cari tak jumpa. cari cari tak jumpa. abes 1 sekolah die cari. sampai ke tandas sampai ke kantin. sampai masuk tandas dengan ais krim yang dah cair tu. jerit jerit lagi name aku. "wati watiii", jerit dorang huhu. siap nanges nanges lagi cari aku.

alamak bergenang air mata.

hmmm. betapa bertanggungjawab nya kakak kakak ku jaga aku kan? along aku lepas darjah 6 mase form 1 mak suruh die masuk sekolah menengah agama kat gemencheh negeri sembilan. dekat dengan kampung ku. walaupun mase tu aku masih kecil, tak faham erti perpisahan sekejap dengan kakak.. tapi aku tak la sedih sangat sebab selalu je ktorang melawat die kat sane.

along aku kecik kecik dulu wan aku yang jaga die. jadi die agak rapat dengan wan. lagipun die kan anak sulung. so tetiap minggu die balik kampung, ateh aku yang jemput. naik bas seng hap ke ape name die. bas tu loceng die tinggiiiiiii. sampai kan kalo ateh aku nak tekan loceng, kena guna payung. hahaha.

memang zaman along ku dengan ku banyak jauh beza. maklum la die kan lahir 70's aku 80's. hee. zaman zaman lepas persekolahan die sampai la ke alam kerja dia, tak la smooth je. sebenarnya die banyak lalu zaman zaman sukar. betahun tahun die merangkak cari kerja yang dia suka. kerja yang stabil. jalan die susah jugak sebenarnya.kalo aku nak cerita kat sini panjang sangat.

aku rase tuhan uji die lama. ujian dalam cari pekerjaan yang stabil tu lama. tapi Allah akan balas juga orang yang bersabar kan? akhirnya setelah lama die cari cari kerja yang OK, tahun 2007 die dapat jadi assistant lecturer kat tempat sekarang. dan die pon baru lepas abes last presentation final master die. insyaAllah lepas ni die dapat title lecturer.

sebenarnya aku tak penah cakap dengan dia. aku bangga sangat ade kakak yang gigih macam dia. die tahu apa die buat. die fokus dalam matlamat die. die tak mudah putus asa. tu yang aku bangga sangat sangat.

esok, die akan bernikah dengan seorang lelaki yang die cintai. aku harap perjalanan hidup die selepas berkahwin lebih membahagiakan. ada anak anak yang comel. yang baik. yang pegang semangat gigih ibu mereka dalam hidup mereka. insyaAllah. aku pon x dapat nak bagi hadiah kawen mahal mahal sangat.. aku hanya mampu sumbangkan tenaga dan sokongan sepenuhnya je kat perjalanan majlis nanti. huhu.

ape ape pon, aku nak wish kat along ku.. selamat pengantin baru long. jadi isteri yang mithali tau. walaupun kite tak dapat nak raya sama sama dah tahun ni dan tahun tahun berikutnya macam yang kite lalui selama ni tapi kite tetap 1 keluarga.

kami semua sayang kat ko long.

amin.



6 comments:

Nur Intan Marlyny Bt Abd Majid said...

air mata ini sudah mula bergenang....huhuhuhu...along2, intan pon mcm tu, xpe...esok intan balik sempat lagi jumpe along b4 diijabkabulkan....doakn cik Intan yg last paper die ptg nie..tapi sempat lg bukak blog akak2 die..hehhee....mestiiiii;sbb nak update pasal family, blog ini adalah sumbernya...wpon kejauhan...huhuhu...okie.....ChaIyOkk~!!!!


last paper sbagai student.. =)
Moga dipermudahkan...Ameeen

dd dudu said...

alaa nape mak muni tak angkat kaki, hihi


so suwittttt, sob sob selamat pengantin baru along muni (^^_)

Nur Amlya @ Amie Fadli said...

entry nih plg sedih dan bermakna utk aku sebelum aku kahwin... sayang semua adik2 aku.. dan aku pun selalu risaukan kau... nnti siapa nak jaga kau... kau kan lembik sikit...hahahah....alhamdulillah... RR hadir dan aku boleh berkahwin dengan aman dan tenteram sebab kau dah ada penjaga yg bakal menggantikan tempat ku... amin...
p/s : x pasal2 aku nangis.. dah dah...jom g buat bunga renjis..

Uncle Lee said...

Hello, nice pics you posted, love the clothes and colours.
And you and your sister....both of you sure have traffic stopper attractive looks.
Have fun, stay loving and keep a song in your heart. Best regards, Lee.

Nurulhuda|Adlie said...

hi mun-e!!!! :)

Saifuddin said...

kasih adik beradik.. buleh buat filem nih.. gerenti box office