Thursday, June 10, 2010

nak kawen tapi takut ngeee~ :P


aku suka bace blog blog b2b. tapi.. hohoho. dasatnya persiapan mereka. buat kat tempat2 glemer lagi tu. kecik hati i :P terus macam alaaaaaa tak jadi la nak cerita dalam blog. hahaha. ape punye fikiran daaaa :P padahal bukan orang kesah pon kan.. dush dush ;D

tapi aku memang suka. leh tahan kebas punggung la kalo dah bertenggek kat blog2 b2b kan. terus tak jadi buat benda lain. nasib baik dah basuh baju tadi. hahaha.

aku kan.. inginkan majlis perkahwinan yang simple tapi meriah. and aku lebih pentingkan majlis pernikahan itu sendiri daripada majlis sanding2. hee. sebab nikah kan part2 yang memorable.. touching mouching gituu (perkataan reka sendiri heee) bole tak nak buat majlis nikah je takmo buat sanding2? :P

hari tu time along aku nikah, mak aku terharu. sampai mase lepas dah lafaz tu, time tok kadi tu bace kan doa, terus mak aku nangis. wuwu. sampai kan orang lain pon turut nangis sekali. aku pon termasuk sekali la. wakikiki. even kawan2 along aku pon hahah :P jadinya majlis nikah tu memang sangat penting kan..

mase dengar tok kadi tu bagi khutbah sikit pasal tanggungjawab suami isteri sume tu.. dah la aku betul2 duduk belakang pengantinnn pastu bole tak tetiba aku rase takut sampai aku tanya balik kat diri aku "betul ke aku nak kawen tahun depan ni????" terus rase takut nak kawen wehhhh. padahallllllllll dah dok gatal gatal dah kan tak sabar nak kawen. hahahaha.

okay tetiba teringat aku masih belum abes blaja masak, blaja jahit, blaja mengait, blaja buat kek, blaja buat kuih.

tidakkkkkkkkkkkk!!

okay, insaf sekejap. sekejap je laaaa =P

tapi kan aku rase selagi takde specific date selagi tu la kalo orang tanye dah sedia ke tidak, harus la kite akan rase tak sedia lagi. so kalo dah ade date tu. sedia ke tak sedia ke.. ko hadapi je la kan. tunggu je la :P

p/s:
berat kann nak jadi seorang isteri ni. yang dah kawen tu rajin2 la ye bagi nasihat sikit kat aku yang tengah on da way ni. hee.


No comments: