Monday, April 26, 2010

tulis secara rawak :D


haishh terase begitu malas pulak nak update blog. -.-

takpe takpe kite rajin rajin kan :P okay nak ceta secara rawak rawak je neh. heeee. sebab takde idea mau tulis pasal apa. kuh kuh.

1. siang tadi ade team lunch kat madam kwan depan bangsar village. order punye order amek yang paling mahal (nasi bujari + ice lemon tea) sekali before nak pegi tu dapat tau rupenya kena bayar sendiri. erkkkk. tapi takpelah. redha je lah kan :P sekali petang tu dapat emel kate bos + 2 orang lain teammate yang lain belanja yayyyyy. tak rugi aku amek paling mahal punye menu. kahkah. ini lah yang dinamakan rezeki terpijak pijak. hahah.

(mcm pelik je kena bayar sendiri :P tapi logik la kot sebab team kami seramai 15 orang. hoho. tapi tak kan la manager tak bole claim. kan kan. apakah manager takde elaun entertainment? oh lupa. ini bukan kategori entertainment kottttttt. hahah)

2. petang tadi mase balik tengok tayar keta belah driver's seat macam kempis sikit. bila drive pon rase tak best. macam tak bole nak laju laju. hohoh. sampai kat bt caves, singgah petronas nak pam tayar. haihhhhh. malas gile kot nak pam tayar sendiri. selalu tu suruh je RR pam kan. well~~ itu la gune nya tunang. untuk menjadi tempat kite bermanja manjaan aka bermalas malasan aka mengambil kesempatan. hahaha.

ni kena pam sendiri terbongkok tertonggek tonggek tu (buruknya :P) dengan baju kerja lagi. aishhh hilang ke-ayu-an i :P

3. RR busy gileeeee ari ni. uhuk uhuk. cian i sensorang malam ni takdapat nak gayut lama lama kat fon. tadi time balik on da way ke keta pon terpaksa jalan laju laju sorang sorang. kalo tak tu selalu die teman aku jalan ke keta. teman kat phone la. huhu.

4. tadi mak suruh pegi beli roti, sunkist, minyak... aiyaaaaa. terpakse rela gitu pegi ke kedai. pakai sarung je tudung. sekali sampai kedai baru pasan ekor rambut terkuar kat belakang. AYAKKKKKK. dah la ramai orang kat kedai. malu maluuuu. nak betulkan tak dapat. terpakse bawak ekor tu ke depan. hahah. cover bawah tudung :P

5. oh mase kat kedai tu jugak kannnn nampak sorang laki melayu beli arak. eeeee vodo betul!

6. eh ni dah macam ala ala rentetan hari ni jek. hahah. takpelah anggaplah ini macam jawab soalan subjektif kena kasi point point penting :P

7. okay~~ daaaaaaaa. malas ni kena abeskan 2 bab. harus! wajib! exam tinggal 2 minggu lagi ni. hohohoh.

sangat tajam mulut puan faiz ni sekarang :P terase makkkk :D


No comments: