Saturday, May 23, 2009

medan - day 2


DAY 2

tadaaaa~~ inilah die pemandangan pagi dari hotel di danau toba. ^^


ktorg, iaitu aku dan rumet ku, cik huzz :p bangun seawal pukul 5.30 :D sangat excited nak jalan2. bangun jer, terus solat subuh dan mandi! :D kat sane kan lewat sejam dari malaysia, so pukul 5 pagi camtu dah azan subuh dah. ade masjid dekat tepi danau toba tu, leh dengar bunyi azan dari bilik ktorang. hehe.

langit biru di danau kota.. same tak ngan langit biru di KL? hakhak. tapi seyes dah lame xnampak langit sebiru ini. huhu.

our room.

tv indonesia, pukul 6 pagi dah ade rancangan gosip ala2 terjah melodi gitu :'D tp ktorg tak tengok ar, ktorg tengok berita. hehe

kami dikehendaki berkumpul pukul 7 untuk breakfast dan masukkan beg semua dalam bas. sebab, lepas breakfast kami akan ke pulau samosir yang terletak di tengah2 danau toba dengan menaiki feri. pulau samosir ni ialah pulau yang terbentuk akibat letusan gunung berapi dan ianya lebih besar dari singapura! wow =O

sebab ktorg bangun super awl, so jommmmm posing dlu sebelum breakfast! =D

saya di danau toba .. PEACE! :D

peace lagi :p haa sape suh nyampah tgk aku peace kan dh buat peace byk2! wahaha

gaya seksi yang tak jadi lalu menjadi gaya seksa yang menyeksa mata orang :'D
apakah rok mini renang itu??

our hotel..

makan time!!

sepanjang di sane, hari2 setiap pagi aku makan nasi goreng. haha. nasi goreng jer yang bole masuk dalam tekak ku. sebab kat sane, bihun die ala2 pelik sket la.. bihun die cam suhun jer. tapi versi tebal sket. mee gemuk takde plak. pastu mesti ade keropok. jadinyaaa , aku makan nasi goreng letak telur dan letak keropok :').

selepas breakfast, kami pon menuju ke pulau samosir ^^ menaiki feriiiiii yeay! ^^

ini lah die feri kamiiii .. kekeke (gelak sopan2 sebab comeinya feri ni.. kerusi die boleh alih2 lagi :') kekeke haip! gelak sopan2 jer kang pak remon dengar :'D )

muka hepi naik feri comei :D

pemandangan dari atas feri ... cantik sgt! macam kat switzerland tapi tanpa salji je! (ewahh mcm la penah pegi switzerland :p)

okay, di pulau samosir ini, kami melawat 2 perkampungan iaitu yg 1st kg batak, 2nd kg tomok. awal2 lagi pak remon dah cerita yang org batak ni agak garang. nanti kalo nak beli barang, kalo kite betul2 nak beli baru tawar. kalo kite dah tawar2 pastu takmo beli nanti kena marah. huhu.


pak remon yang gigih bercerita pasal sejarah kg batak.
kami yang gigih mendengar =D

pasal batak makan orang.. sebenanye, mereka makan org tu, mereka makan org yang buat salah dan bukan kerana mereka suka makan orang, tapi kerana mereka amat benci ngan pesalah itu. hoho. itu pon selepas pesalah itu dihukum pancung lehernya di hadapan raja. kesah itu, beribu2 tahun dlu la. sekarang tidak lagi. dun wori :p

step to step on how to pancung leher pesalah :p

selepas demo cemane pesalah dihukum, it's shopping time!! :D kat sini, barangan yang disuggest sesuai dibeli ialah handcraft. mase kat sini, sebab dah dwarning awal2 yang orang batak ni garang.. huuu takut takut.. jadinya aku tak berani masuk kedai sebarangan sorang2. ade skali tu, aku dah tertinggal, so ade makcik batak ni offer aku masuk kedai die, aku pon cakap la.. "nanti saya datang"

lepas tuuuuu.. bile aku datang kedai sebelah kedai die, die ckp.. "tadikan adik sudah janji mau masuk kedai sayaaaaa" erkkkk. peluh jantan menitik dah :p bila masa saya berjanji?? huhuhu.
tapi memang kesian ngan dorang ni, macam sedih jer tengok dorang kat situ. dah tua2 pon masih berniaga lagi kan. aku pon masuk je laaaaaaa.. walaupun kedai die takde benda besh bole dibeli, aku beli je la keychain ngan gelang tangan huhuhuh.

lepas jer beli, dia cakap "terima kasih yaaaa semoga murah rezekiiii" aku pon, tetiba jerrrrrrr maybe hati suci murni ku ini memang cepat kesian kat orang nak2 lagi orang tua kan :p aku pon sambil memegang bahu makcik itu aku pon berkata "makcik pon jaga diri baik2 yaaa" huhuhuhu. bile aku ceta kat dorang, dorang cakap aku dah kena mandrem. kahkah. ape la :p

ni bukan makcik tadi. ni nenek kedai lain. hehe.

selepas kg batak, ktorg naik bot untuk ke kg tomok plak. tomok itu bermaksud gemuk. haha. asben fir, ade sorang makcik tu panggil die "abg tomok, marilah beli abg tomokkkk.." terus die cakap "takmo la beli, panggil tomok" wah! terus makcik tu tukar panggil die abg ensem kahkah :'D

abg tomok (baju merah) di kampung tomok :p (ampun abg tomokkkk kekeke)

kat kg tomok ni, aktiviti selain shopping ialah melawat kubur raja kaum batak (yeker?) aku pon xingt sejarah die cemane dah. hehe.


sebenanya, agak serba salah nak posing kat sini. nampak je la kat belakang tu simbol ape. huhuhu. ini la kubur raja mereka. nak naik atas ni, dorg suruh pakai selempang tu. sebagai tanda menghormati raja kot.. hoho

dah pakai jgn lupa pulang mase nk turun :p

pak remon sedang beri penerangan. terer betul pak remon ni, sume sejarah die hafal. hoho kagum2

nama pemilik kubur.. huhu

lepas diberi penerangan pasal kg tomok sume2 tu, ktorg pon shopping kat situ. mase shopping kali ni, aku agak dah berani dah jalan sorang2 sebab kat kg tomok ni, mcm ramai gak la org. xmacam batak tu, lengang sket. kalo ko kena kidnap agaknya xde org yg tahu huhu.

tp disebabkan aku berani jalan sorang2, aku masuk 1 kedai ni. n aku tawar harga untuk baju budak kecik, nak beli kat aqil danial la. tp aku tawar 15000, die tak kasi. aku pon cakap xpela, xjadi kan. yelaaa pak remon pesan, kalo tawar skali tak dapat, dah, jangan tawar2 dah. hoho.

tetiba makcik batak tu tunjuk muka garang die weh! terkejut aku!! garang die macam ade tiger berselindung disebalik wajah manusia die. huhuhu. cpt2 aku blah dari kedai die. tapi die ikut aku smp ke kedai lain! uwaaaa!! pakse2 aku beli. uhukkk. tapi aku wat bodo jer la. masalhnya, die siap ikut masuk ke kedai yang aku masuk. uhuhuhu. last2 die pegi gak and lepas tu bila nampak die, aku wat2 xpandang dan die pon wat2 xpandang aku. KAHKAH!

kg tomok

selepas itu, kami berangkat pulang ke darat semula. oh ya, perjalanan dengan feri ke pulau samosir tu ambil mase 40minit jugak. mase on da way balik, ade 2 orang kanak2 batak menghiburkan kami dengan menyanyi lagu batak dan lagu melayu?? yang tajuk die "sayang sayang..selayang pandang... " :D

takde eye contact langsung budak2 ni nyanyi. sila cuba lagi tahun depan ya :p

kami makan tengahari kat Istana weh! dasat x? :p sebenanya, restoren minang istana. hehehe. adehhh lauk2 minang ni sume pedas2 huhu. pastu banyak guna cili kering. ok la, bole gak la masuk. yang mmg tak bole masuk tekak aku, bihun dorang jer hehe. lepas tu, solat dan perjalanan selama 4 jam ke berastagi diteruskan.

masakan minang

selepas 2 jam dalam bas, stop kat ade 1 tempat ni ala xingt nama. atas bukit, sejuk sangat! maka, muka ku kat situ sume ala2 xsiap sebab tudung senget benget ditiup angin :p ade teh halia ngan goreng pisang panas dijual di situ. tapi, aku tak beli pon. hehe. teh halia?? erkkkk

sila abaikan tudung yg sgt buruk itu, nikmati la pemandangan di belakangnya hehe.

gambar besar untuk tatapan anda semua :)

selepas itu, kami stop pula di air terjun sipiso-piso. piso = pisau. sipiso-piso pula dinamakan deruan air terjun itu yang sangat tajam seperti pisau. maka, jadi lah sipiso-piso. hehe. di sini, baju sejuk dijual dengan harga yang murah. adehh nyesal xbeli :'( tapi aku sempat beli jaket kulit 1 untuk rizal malangnya rizal cakap, itu bukan kulitttt itu pvc. ooooo. @-@

bersama ijun :D

ni penghujung danau toba.

sume hepi tunjuk hasil belian :')

selepas itu, perjalanan ke hotel di berastagi diteruskan lagi. pkl 7 camtu, kami sampai ke DANAU TOBA INTERNATIONAL COTTAGE. mase sampai situ, suasana dah gelap dan berkabus! maka, bile nak cari bilik masing2 sume ibarat dalam cerita puaka niang rapik gitu. hohoho. tambah2 pulak hotel tu banyak patung2. errkkk seram sket la. huhu.

kadang2 perjalanan terganggu sbb bas berselisih ngan kerbau =D

malam tu patutnya tiada aktiviti, tapi ktorg request untuk mandi kat kolam air panas kat bawah kaki gunung sibayak! syok gilerrrrrr mandi air panas. bile kuar rase segar jer padahal b4 tu gigil2 kesejukan. bile bercakap pon, kuar asap putih wehhhh!! :p

para keliwon :D

takutnyaaaa!! :D

yang macam keliwon tu sebab sapu abu gunung berapi. konon2nya ia baik untuk kulit buang semua kulit mati. tapiiiiii aku rase ia tak berkesan untuk aku kot. haha. balik KL jer, bintik2 tangan aku :'D

lepas mandi, mase berjalan kaki ke bas, fuhhh mase tu besh sangat! sebab dah mandi air panas kan, rase nyaman jerrrr. padahal sebelum tu tahap gigil2. duduk jer atas bas, terus lena! sedar2 jer dah sampai rase mcm 5 minit jer pejalanan pegi tu. haha.

sampai bilik terus mintak air panas, buat megi, makan, tengok cerita rancangan kenakan orang kat channel ape tah. rancangan tu tajuk room 401. hoho. sedikit seram la cerita tu, siut jer :D dah la sebelum tu, mase aku ngan huzz nak pegi ke bilik fir untuk amek iron, aku ternampak bayangan putih. yang mula2 statik tp tetiba bergerak kat bahagian belakang bilik sapetah. ngeeee~~ tapi tak tau la orang ke ape. huhu.

okay, bersambung day 3 plak :p

6 comments:

dd dudu said...

waaa canteknyaaa danau toba :0

mun-e said...

cantik sgt! rase nk pegi lagi danau toba, tak puas!!!!!!!!!!

pestisid said...

gi danau kota sudey..haha.

mun-e said...

ceh! danau kota buat hapeeeee

:p

dd dudu said...

danau kota? :'D
kuang asam ko lisa hahahaha siriyes kelaka
nyampah aku lisa ni
hahahah :'D

firdzah said...

takotnyer kat mak cik tuh...naseb baik die tak culik ke hape ke.. bahaya jalan sensorg..