Thursday, May 21, 2009

medan - day 1

keindahan danau toba tak dapat diungkapkan dengan kate2 mahupun gambar. kena p tengok sendiri :D

1st sekali, gambar2 dalam entri ini bercampur2 tau. yang cantik tu, of camera cik huzz atau orang lain. yang tak bape nak cantik dan banyak gambar syok sendiri tu, of coz la aku yang punye. kuikui.

okay, mulakan bercerita. jangan muntah2 hokey =D.

DAY 1

ktorg bertolak ke medan menaiki air asia pkl 12.05 minit waktu tempatan dan tiba di sane 11.50 waktu indonesia. hoho. sane beza lewat sejam dari malaysia. makanya, hari pertama ktorg ade 25 jam bukan 24 jam :D. sebab tu tunggu2 rase mcm hari itu tak abes2 jer. hehe.

met up wif fir and asben kat mcD. ehem ehem. sedih tetiba time ni sebab teringt akan berpisah selama 4 hari. uwaaaa!! :'O

ape2 pon, kite bergambar dlu! :D

uuuuuu. nanges 2 gelen dulu =p muka rizal adalah sangat sedih jer time ni. kenapakah?? ooo kena tinggal ye. hakhak :p

okay, ni festime aku naik flight tau. kuikui. aku dah tau la yang tak bole bawak naik cecair. so, memang aku tak bawak perfume ke air ke. botol air kosong aku bawak la dalam beg. tapiiiiiii, sekali mase lalu kat scanner machine tu, beg aku tetiba didetect bawak benda dilarang. erkkkkk. terpinga2 sekejap apabila disuruh berdiri dengan tangan depa kedua belah.

dengan sekelip mata, tubuhku diraba oleh puan pegawai keselamatan tuh. uhuk. pastu baru dorg suruh bukak beg tgk isi. rupe2nya mr.potato ku yang ku bawa mengandungi besi. kat bahagian bawah tu. lerrrrrrrr. bikin saspensss jer tau.

ketatnya pemeriksaan kat msia ni. sebab, kat medan time balik, aku lupe nak buang air, ok je. dorg terus suh bukak beg. xde pon kena raba2 dulu. wuwuwu. xpasal2 tubuhku xsuci ;p

eh iklan sebentar.. =D

bye bye KL :p

okay, sambung balik. kami sampai ke bandara polonia lebih kurang pukul 12 waktu tempatan. selesai amek beg semua2 tu, haa sebelum itu nama group kami ialah "WARIMA". so, ktorg pon melilau la masing2 cari orang pegang kertas tulis nama WARIMA. kenapa warima? sila tanya cik huzz =D

tour guide kami bernama pak remon, kami amek pakej ngan agensi LOVELY. last minit tukar. kalo tak, nak amek ngan ANNA since along aku dlu pegi medan pakai anna so ktorg vote, anna yang menang. tetapi, lovely harga die dah fix siap2, means byr gune duit malaysia la. anna plak, harganya tak tetap sebab ikut kadar pertukaran mata wang.

pastu dekat2 ktorg nak pegi, duit indon asek naik jerk. tu yang last2 ktorg tukar amek lovely. nak contact agent2 ni sume, pakai emel saje. dorg xcanggih sangat ade website2 sume2 tu. notes untuk sape yang nak p medan pas ni la. hehe. just share info. ;p

ade petronas n kfc??

okay, kumpulan kami iaitu kump belia (bak kate pak remon ;p) terdiri daripada 18 org. yang same company ngan aku ekceli 6 org jer, aku huzz fir amy dan zizi. jijah terpakse cancel sbb last minit, die dpt tau die pregnant plak. hoho. ahli kump yang lain ade 2 org budak CRC, nani ngan zakiah, pastu ade kawan2 zakiah, asben fir, kawan asben jijah, awek zizi dan emak serta kakaknya amy.

sebahagian ahli rombongan

yang turut join trip 1 bas ngan kami plak, ade 6 orang lagi. iaitu geng en.subramaniam sefamily 4 org dan couple keja eon bank (xtau name tapi tau pulak keja kat mane :p). makanya jumlah semua 24 orang. campur pak remon, pemandu bas dan supirnyaaaaa (co-driver daaaa) 27 orang semuanya. hehe.

lepas dah kumpul2, semua dah ade dalam bas, pak remon kasi la briefing sket2. lepastu ktorg bertolak ke hotel untuk lunch. menunya adalah masakan minang dan yang pasti dijamin halal =D

kite makan duluuuuuuu =D

selepas jer makan, pak remon bagitau yang kami akan bertolak ke parapat. malam tu kami akan tido kat danau toba. syok gile! tapi perjalanan mengambil mase 5 jam @_@. pastu pak remon bgtau sape2 yang nak beli simkad kat sane dipersilakan sebabnya, agak mahal la kalo gune simkad maxis yang kite ade untuk call ke malaysia. orang sane call kite pon mahal tau.. gitu la. err 3 org jer yang turun p beli pon, dan salah sorangnya ialah aku :'D

aku beli simkad nama simPATI. haha.

gambar kedai jual simcard :p

5jam perjalanan ktorg ke parapat, ktorg benti 2 kali. untuk solat dan benti kat satu tempat tu yang namanya PATEN. tempat jual jajan buat daripada kacang. hehe. name2 jajan tu agak pelik. tang tang, ting ting, tung tung, pang pang, ping ping .. HAHAHA! macam xde idea nak bagi name ape je kan?? :'D

ade iklan jajan ni kat seat bas :'D

tempat beli jajan ^^

pilih.. pilih jangan tak pilih :D

aku beli 2 kotak aja. harga nya 30000 rupiah.. iaitu bersamaan dengan 10 hengget. hehe. cukup la tu. tak larat nak bawak balik beli sekotak besar :p (ceh padahal, bajet :D)

benti solat kat masjid ni.. ha kat sane mmg dorg bwk pegi solat, maybe dah bagitau awal2 kan ktorg sume muslim.. bagus btl :p

snap gambar dari atas bas :p on da way p parapat..

lepas tu, perjalanan ke parapat diteruskan. dalam bas tak boring la sebab pak remon ni rajin bercerita. dan rajin buat lawak hampeh. haha. beshnya die sebab die cerita jugak pasal sejarah indonesia semua. haa die cerita nama "parapat" ni diambil sempena ..

alkesahnya, orang lelaki kaum batak (kaum yang mendiami daerah parapat tu la) tak ade yang berkahwin lebih dari 1. ini kerana, kaum wanita mereka sangat 'hebat' (err fhm2 je la hebat dari segi ape yeee... :p) hari2 pon sebut.. "pak.. rapat pak.. pak, rapat pak.." lame2 jadilah PARAPAT haaaa gitu la cetanya. harap2 pak remon tu tak tipu ktorg la :D kalo aku salah tulis ni, salahkan pak remon hahaha.

pak remon yang bercerita :p oh ya, aku duduk depan sekali, belakang pak remon :')

lebih kurang pukul 7 malam, ktorg pon sampai la ke danau toba.. sampai ke hotel. terus makan malam. disebabkan dah gelap, so tak nampak la pemandangan luarnya cemane.. huhu.. oh ya, perlu di maklumkan yang jalan yang kami lalui adalah jalan kampung ya. sempit dan berliku2. dah rase mcm naik kuda dah rase nya time naik bas tu :D. nasib kami dah makan ubat mabuk awal2. hehe. haa pasal ubat mabuk ni pon ade kesahnya nanti :p

korang nak tau pemandangan danau toba cemane??? tungguuuuuuu~~ hehehehe.


dinner @ hotel danau toba (lupe name betul :p)

lepas makan, ktorg pon masuk ke bilik masing2.. aktiviti malam pertama di situ ialah menonton tv. channel ape tah. sinetron yang bersambung2. huhuhu.

okay, to be continued...... :p

3 comments:

Riezal said...

teng teng ting ting tu sedap kan.. aku kat rumah ada lagi 3 kotak.. tapi bila di fikirkan balik.. nampak sgt pembuat produk makanan tu.. malas nak pening kepala pk apa nama nak kasi.. so tu sebab laa jadi ting ting tung tung ten ten.. haha.. neway nice shots.. camni laa tulis leh antar majalah tiga ni.. :). Pak remon tu waktu atas bas sure buat lawak gila jer tul tak..? tak kering gusi gelak

mun-e said...

uiks. ko pon pegi ek? adakah ko amek sama agen ngan aku?

keee adakah ko ade 1 bas ngan aku, tapi aku xnampak??

ko segrup ngan pak subramaniam eh?

hahaha. gurau ajeeee :D

whooz said...

wah riezal ni kenal pak remon ke?? (nyibuk jap murni) :P