Thursday, March 5, 2009

kisah semalam dan hari ini


::semalam::


semalam ofismate ku hampir kena ragut. tapi malanglah bagi peragut itu kerana dia gagal. tapi ofismate aku itu terseret la jugak. abes luka di tangan dan kaki. huhu. makanya, bila balik semalam, aku rasa takut nak lalu jalan itu sorang-sorang. sejak aku kena rompak handphone aku tahun lepas, agak jarang sekali time balik aku jalan sorang-sorang ke parking. sebabnya, aku memang tak berani amik risiko.

tapi semalam aku terpaksa. sebab ada hal, maka aku keluar dari ofis awal dari orang lain.

sampai di pagar ofis, (tempat kejadian ragut berlaku), ada seorang kakak cina sedang berjalan. aku pun menyapa beliau.

"saya nak jalan sekali bole? saya takut...."
"kenapa"

aku pun ceta la dari A sampai Z

"cilaka la itu olang"
"ayooo cilaka laaa"

itu jela die asek2 ulang sebut. huhu. aku sempat pesan kat dia supaya berhati-hati.



::hari ini::

pagi tadi, sambil minum di pantry, aku tinjau ke luar ke arah jalan yang selalu berlaku kejadian ragut itu. sedang aku minum, aku nampak kakak cina semalam.

sedang berlari-lari anak, sambil mengepit beg di sebelah kiri dan juga memegang payung kaki panjang.

bagus kakak cina, kau dengar nasihat aku.


hehe.

p/s: ya Allah, lindungi lah kami dari orang-orang yang beniat jahat terhadap kami kaum yang lemah ini. amin.

4 comments:

dd dudu said...

hihihi kiutnye amoi tersebut

hati hati yuk

firdzah said...

owh.. apakah nama org yg ingin diragut itu?

pandangdenganmatahati said...

dd dudu
hehe comei jek kan kakak cina tu :p tingat kak rachel :p

firdzah
nama org yg ingin diragut itu adalah iris dan amy huhuhu

hati2 fizah.. pesan kat dorg y lain jugak. huhu

firdzah said...

oooo...patut la keco2 dalam toilet ari tuh... ok, thanks. will remind them =)