Thursday, October 30, 2008

kusuka berita ini .. ngeh ngeh

oh suke nya berita ni
suke suke sukeeeeeeeeeeeee

wahahaha (gelak jahat)



Peraturan di pusat beli-belah, restoran kuat kuasa serta-merta

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok.

"Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.

Liow berkata, papan tanda amaran larangan merokok akan dipasang di kawasan berkenaan bagi mengingatkan orang ramai mengenai peraturan baru itu.

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 itu juga memperuntukkan seluruh kawasan berpagar Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok. Semua yang didapati bersalah sama ada pelatih, kakitangan dan pelawat, boleh dikenakan hukuman sama, berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, peraturan melarang pengeluar rokok menggunakan istilah atau deskriptif mengelirukan pada kotak rokok atau memperdayakan perokok seperti 'low tar', 'light', 'ultra-light' atau 'mild', turut berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Peraturan mewajibkan pengeluar mencetak amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan mengenai bahaya kandungan rokok dan Penyataan Larangan Jualan kepada individu di bawah usia 18 tahun pula akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

Pengilang atau penjual yang melanggar peraturan baru itu boleh dihukum denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Liow juga berkata, peraturan harga minimum rokok RM6 bagi kotak 20 batang berdasarkan formula yang mengambil kira cukai semasa, akan dikuat kuasa menjelang akhir tahun ini dan harga minimum rokok itu akan disemak setiap kali berlaku perubahan cukai tembakau.

Beliau berkata, peruncit yang menjual rokok kurang daripada harga minimum itu boleh didenda hingga RM10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Sila ambil perhatian bahawa menjual rokok secara sebatang daripada kotak yang dibuka adalah dilarang dan satu kesalahan di bawah Sub-Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedia membantu perokok untuk menghentikan tabiat itu.


p/s: credit tp berita harian :p

oh nape sy suke sgt ngan berita ni ek??????
sbb nya~~~ sbb kannnnnn... RR suke bangat isap rokok
huh aritu dpn2 sy berani die isap rokok
sy pegi kejap jek nk alihkan keta skali~~~ sy lihat rokok itu sudah ade d tangannya~
uhhhhhhhhhhhhhh uhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
errr time tu xde la marah2 ke ape, buat bodo jek hihi
makanya bile ade peraturan camni, xdpt la die isap rokok d dpn sy lagi
yes yes yes
hehe

11 comments:

dd dudu said...

cepat2 suruh RR bace entry ko ni ;p

pandangdenganmatahati said...

haha
biar die auch auch sndiri nnt
die masih emo lagi psl peraturan ni
ngeh ngeh

:p

pestisid said...

oh pecaye tak incik edyku dulu perokok tegar.muke mcm innocent.
pada suatu hari,(bertahun2 lamenye dh),
beliau telah berjanji dengan diri sndiri utk tidak merokok hatta memegang rokok skalipun.sejak hari itu, beliau dgn drastik tidak lagi merokok.
syukur, incik edyku kini sudah suci seperti aweknye.haha

pandangdenganmatahati said...

wah bagusnya
kalo ade ksedaran sendiri
hmmm cemane eh nk kasi ksedaran itu wujud dlm diri RR???

xpe xpe akn dpikirkan cara nnt :p

lina said...

din penah gak nk tahan2 x merokok depan aku. skali dia muntah pas mkn sbb aku x bg dia merokok.

pastu ayat aku kat dia dari "berentila merokok" kepada "kurangkanla merokok"

skrg xtau la dia dh kurang merokok ke x. lame gile x jumpe

jap2..muni.. RR ni sape?

pandangdenganmatahati said...

hoho
perlukah aku wat 1 entry khas ttg RR?? sape stuju angkat kaki :D

hahahaah memain je :p
oh ayat y sama aku jwb bile ciare tanye aritu adalah "RR is sumone special in my life"

ecece :p

dd dudu said...

eceeeeeeeeee

muahahaha

hok hok hok

terbatuk aku dgr jawapan ko tuk ciare kuikui

ye ye sape nak tau RR tuh sape, tanye laa aku, sbb aku kan dah letak jawatan jadik MB(mulut besar) hehe nak tauu kene tanyeee hak hak hak

muniiii ko wat laaa u pink my heart epsod2 cam viruspadu hehe

pandangdenganmatahati said...

hi c dd mangse bukak trus ngadap laptop lepas tgk kekasihku seru episod last :n

oh kalo udah ade ikatannya baru la besh nk wat entry u pink my heart tuh haha

tgu yaaa~ tah bile la leh buat tuh..
kena btau RR neh suh reply comment ko neh.. hahaha

pandangdenganmatahati said...

ohhh MB sungguh kamu ya dd~~ tp xpeeeeee i xkesah~~ i lagi suka kalo satu dunia tahu~~~

hahaha gedikssssssssssss :p
pangggggggggggggg diri sndiri :D

lina said...

owh itu rupenye RR

pandangdenganmatahati said...

hikssssssss
(senyum simpul :p)