Wednesday, June 1, 2016

Shhhh..



shhh.. baby Fawwaz tengah tidorrr..hehe

Tuesday, May 31, 2016

Buat keje laju laju

Hah. Apa yang laju laju tu?

Alkesahnya ahad lepas dah selamat kembali ke rumah sendiri.. maka bermulalah semula zaman buat kerja laju laju sementara anak baby tido dan kakak baby buat hal sendiri. Haha. Nasib baik rumah sekangkang kera jek, senang nak jengok jengok.. yang baby tu takyah jengok sangat yang kakak baby tu kena kerap jengok kang tak jengok tau2 jek dah duduk dekat dengan adik dia..hihi

So far dia suka adik dia tapi at the same time dia jeles dengan adik dia. Kelakuan tu haaa yang nampak dia jeles. Haritu dia cubit pipi adik dengan muka geram. Papa dia yang nampak sebab tengah pegang baby. Haha. Haruslah dia geram sebab jeles papa pegang adik. Yelah dia kan anak papa. Pastu kalau aku tengah menyusu adik dan dan tu la dia nak susu jugak. Phewww. Cabaran betul nak jaga hati dia supaya tak rasa tersisih.

Okay lah. Nak tayang sambal ayam yang sempat masak laju2 tadi. Masak sambal skali banyak terus, asingkan siap2 separuh sebab esok2 nak masak sambal ikan ke takyah masak sambal dah. Bijak kan?? 😆😆😆

ayam sambal laju laju
mak anak dua 😊😊

Saturday, May 21, 2016

Kesah bersalin anak kedua

I wonder adeee ke orang bukak lagi belog aku ni? Hehe.

Aku nak jugak update pasal pregnancy aku yang ke 2 ni. Yelah. Dulu time kakak ada cerita. Time adik pon mestilah nak kena cerita jugak kan. Baru lah adil dan saksama. Tak gitewww? 😋😋😋

Haritu aku update masa 3rd trimester kan. Masih tak tau nak bersalin di mana. At last aku pilih untuk bersalin di Ampang Puteri. Sebab faktor pertama aku nak doktor perempuan dan islam yang sambut aku masa bersalin. Kedua sebab dekat dengan rumah. Walaupun jauh sikit dari rumah mak aku. Tapi still okay lah.

Kalini aku bersalin dengan Dr Zalina Salleh. Aku suka doktor tu.. baik lah bagi aku walaupun ofismate kate dia tak suka doktor tu tapi lantaklah. Dengan aku ok jek. Hihi.

Kalau nak dapat bersalin dekat ampang puteri dengan harga pakej syaratnya ko kena check up at least 3 kali dekat situ. Jadi aku pon buat apppointment cuma cuak jugak takot tak sempat 3 kali sebab masa aku call nak book appointment tu klinik tutup plak sebab raya cina. So agak lewat jugaklah aku datang check up. Dah 30 weeks masa tu. Tapi 1st checkup doc check smula tarikh due date sebab baby kecik katenya.. jadi tarikh due aku dia beri 10 hari lewat dari tarikh ikot period..

And masa 2nd check up doc check urine aku ada protein.. doc bagi antibiotik untuk makan dan doc amek sample untuk cek kuman sebab aku ada keputihan which is agak terkejut sebab aku takde plak keputihan time tu. awal2 je la ada lepastu takde. Rupenya adeeee cuma tak lekat dekat panties jek. Mebi masa nak buang air dia jatuh sekali dengan urine kot? Maksudnya kena jeling2 juga lah ye toilet bowl tu kalau ada keputihan. Keputihan ni bahaya ye untuk baby since anak 1st aku kena infection so 2nd baby ni maybe akan berlaku kes yang serupa.

Masa bersalin pun doc masukkan antibiotik melalui drip. Alhamdulillah kalini baby okay tak kena infection macam kakak dia. Syukur sangat. Sebab sedih lah kalau baby kena cucuk2 ni. Hukhuk.

Berbalik pada kronologi bersalin.. sminggu sebelum bersalin aku berulang alik ke HKL tengok arwah ayahku. Dari hari kames malam lagi sampai sabtu. Mungkin dengan makan tak menentu banyak jalan semua .dan penat mental fizikal.. masa nak bersalin tu darah aku naik tinggi. Memang pelik sangat sebab tak pernah darah tinggi pun. Aku ingat lagi masa jenazah arwah ayah sampai dari hospital..masa tu hari ahad.tetiba jek aku rasa nak tumbang.badan macam menggigil kepala pening sikit.. cepat2 aku g dapur makan nasi. Sebab lagipun fikir nanti nak kebumi semua bila nak makan kan. Nasib baik lepas makan ok balik. So bila doc cek darah tinggi aku terkejut lah sebab mebi lah masa tu darah aku tinggi. In fact baby pon macam stress jek dalam perot. Mungkin dia dapat rasa mak dia stress kot. Huk2. Nasib baik tak jadi pape.. hmmmm.

Malam hari isnin lepas isyak aku bace yassin dan tahlil. Sendiri jek sorang2. Lepastu tak tahan nak terkench  gi toilet , tengok2 ade coklat stain dekat panties. Cuak jap sebab 1st pregnant takde pon turun darah ke coklat2 ke.. disebabkan masih lagi cuti kematian parents, hari selasa tu aku ajak husband g hospital, klinik doc zalina. Sebab doc pesan kalau sakit ke apa time ofis hour gi lah klinik dia dulu. Sampai je nurse suruh buat CTG dulu. Ada contraction tapi tak kuat sangat. Lepastu jumpa doc, doc check tekanan darah tinggi. Doc seluk dah buka 2cm. Masa tu aku 36weeks6days. Doc tanya nak bersalin ke? Boleh la kalau nak bersalin sebab 1st pregnant pun aku bersalin 37weeks. Dia tanya jugak ada rasa sakit dah ke. Aku kate lah sakit tapi still okay lah.. then dia kata camtu bersalinlah esok. Check in ward tengah malam ni dia kata. Yelah masuk siang2 ni dah kena charge sehari kan. Rugiii. Heheh.

Lepas je g jumpa doc, ktorang laki bini berlari balik rumah kemas amek barang2 semua. Mujur dah basuh baju hari sabtu haritu before pergi hospital dan tidur rumah mak. Lepastu, aku drive keta husband drive motor balik rumah mak. Hahah. Gilerrr boleh lagi driving kan. Tapi sebab masatu rasa okay jek.. lagipun tak lah jauh dalam 25 minit je pon. Sempat plak tu tapau teh hatyai dekat surau samudra tu..kanggg pas bersalin tak pat dah kan. 😅😅

Malam tu.. nasib baik terjaga. Sebab tidurkan fatihah dalam 10+ lupa nak set jam 12.30 terjaga. Terus mandi siap2 terus g hospital. Sampai2 je g dekat emergency then terus ke wad.

Malam tu sekali buat CTG. Then lepas solat subuh nurse masukkan ubat berak dan pil induce tu. Separuh pil je dia masukkan. Lepas breakfast buat CTG lagi. Kemudian doc sampai. Check bukaan 3-4cm katenya.. pkl 11 ditolak masuk dalam labour room.. nurse masukkan antibiotik dan drip.  lebih kurang pkl 1 camtu sakit makin kuat. Pelagi mintak la pill killer. Laju jek nak masa nurse offer. Kekeke. Dapatlah relaks kejap.. tapi bila doc datang baby masih dok kat atas lagi wlpn dah buka 6cm dan doc asek tanya tak sakit ke..mebi nengok aku boleh relax lagi padahal aku dok control sakit dengan tarik nafas lepassss.. doc kate kena bagi kuat lagi contraction ni kalau tak baby lambat lagi nak keluar. Gilossss. Tak tau la apa yang nurse buat naikkan dos drip tu kot makin lama sakit makin mengganassss. Huhuh. 3x kot nurse masukkan tiub utk keluarkan urine sebab dia kate kalao urine penuh pon baby tak dapat turun  ayayayaiiii..

Sakit giler time masukkan tiub urine tu dengan contraction lagi  masyaAllah.. tak lama pastu memang dah rasa nak berrr.. nurse suruh teran jek. Pastu nurse cek dah nak bukak full dah. Aku pon tak tahan sangat. Kelam kabut nurse pasangkan alat semua naikkan kaki ku ke atas semua.. pastu doc lalu tanya boleh saya balik dlu? Nurse jerit. Doc takboleh balik lagi. Nak keluar dah niii.. 😂😂😂 berani doc nak balik dulu aku nak terberak dah ni haha sabar je lah. Dah tak tahan sangat sekuat nafas aku push dan memang punggung tu henyak kuat2 kat tilam tak angkat langsung.

Alhamdulillah anak bujang mama selamat keluar akhirnya..laju jek dia meluncur dan doc kata pandai push. Takda kena gunting pun syukur sangat2. Cuma ada koyak 1st degree tear jek. Jahit 1 jahitan je pon. Disebabkan jahit 1 jek jadi takde lah bius. Merasa la kejap nikmat sakit kena jahit hidup2 kan nasib baik 1 jahitan jek hahah.

Akhirnya lahirlah Fawwaz Ziddani (nama masa ni belum decide lagi) pada pkl 5.30 petang 30 mac 2016.

Alhamdulillah.

Sapa nak tau kos bersalin meh la tinggalkan komen. Hehe. Overall rasa tak silap amek keputusan bersalin dengan dr zalina.. syukur sangat2 segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah...

Friday, May 20, 2016

Because im not a good daughter..

Sampai ke harini aku masih lagi teringatkan arwah ayah. Tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku ingatkan ayah. Mungkin sebab im not a good daughter.. masa ayah masih ada dan sakit aku tak jaga ayah betul betul :(

Aku masih ingat lagi, masatu aku masih bujang. Satu hari aku nak pergi kerja. Jumpa ayah dekat luar rumah. Ayah dengan cerianya gembiranya lebih dari hari yang biasa dilaluinya dengan kepayahan untuk bergerak. Ayah hepi sangat masa tu sebab dari pagi dia boleh bergerak macam waktu dulu dulu..macam waktu dia sihat..waktu dia belum ada sakit parkinson..ayah tak habis2 ucapkan kesyukuran sebab dia dapat merasa pergerakan yang normal. Ayah excited tunjuk dia boleh pakai jam sendiri..jalan tanpa rasa berat..terus ayah kata nak pergi joging.

Tak sampai 5 minit kemudian tetiba aku dapat call dari ayah. Suruh ambil dia tepi jalan dengan kereta tak jauh dari rumah. Sebab dia sudah tak boleh gerak kembali :(

Harini genap 55 hari ayah pergi. Aku akan sentiasa tau bila ayah pergi sebab perginya ayah 3hari sebelum aku lahirkan anak kedua ku - Fawwaz Ziddani



Friday, January 22, 2016

Welcome 3rd trimester..

Hehe. Kejap jek dah masuk 28weeks.

Ye saya sedang pregnant anak no 2. Lepas jek g bali haritu terus dapat tau pregnant, Alhamdulillah. Syukur sangat diberi kesempatan merasai sekali lagi detik itu. Terus tertangguh entri bali ku.kui2.

Masa kat bali haritu delay period dalam 9 hari.. last day kat sana dah mula rasa lain macam. Perot pun bloating semacam. Pastu dalam keta pening giler rasa. Dekat airport time nak balik muntah dalam toilet. Hehe. Memang pelik sangatlah dan dah dijangka. Syukur Alhamdulillah lagi sekali.

So here i am. Dah masuk 3rd trimester tapi tak prepare apa lagi.prepare mental nak ber anak dua je banyak. Barang2 belum. Nak bersalin dekat mana pon belum. Omomooooooo :O
Ape pun doakan yek..semoga dipermudahkan. Huhu. Mekasih tau :) :) :)

last 2 weeks.. 26 minggu. masih larat pusing taman 2 kali. hehe.